Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara wajib kuarantin mulai hari ini
Babit semua laluan darat, udara dan laut di semua pintu masuk negara: Ismail Sabri
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan mana-mana individu yang memasuki negara ini diwajibkan menjalani kuarantin mulai hari ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan semua laluan darat, udara dan laut di semua pintu masuk negara termasuk Sabah dan Sarawak.
“Hari ini, 3 hari bulan (April) bermulanya kuarantin wajib kepada masyarakat kita yang pulang dari luar negara, juga sesiapa sahaja yang masuk ke negara ini.
“Mereka akan dikuarantin selama 14 hari di pusat kemudahan kuarantin yang disediakan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas menterimenteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini semalam.
Katanya kemudahan bas akan disediakan untuk membawa semua individu ini ke pusat kuarantin yang disediakan di seluruh negara.
Pada 21 Mac lepas kerajaan telah mewartakan 409 lokasi sebagai pusat kuarantin bagi menghadapi penularan wabak COVID-19.
Pewartaan itu selaras den
“
Mereka akan dikuarantin selama 14 hari di pusat kemudahan kuarantin yang
” disediakan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)
gan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata terdapat jawatankuasa khusus bagi mengendalikan individu yang dikuarantin di setiap pusat tersebut.
Beliau juga memberi jaminan bahawa pusat kuarantin yang disediakan adalah mencukupi serta mengikut standard operasi prosedur ditetapkan. — Bernama