Utusan Borneo (Sarawak)

‘Kem COVID’ bantu kurangkan jangkitan COVID-19 di antara perawat dan pesakit

-

JOHOR BAHRU: Prihatin dengan keselamata­n dan keselesaan petugas di barisan depan, Hospital Sultan Ismail (HSI) mengambil insiatif menambah baik Pusat Saringan COVID-19 yang juga disebut ‘Kem COVID’ dalam usaha mengurangk­an risiko jangkitan antara perawat dan pesakit.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HSI Dr Maryam Sumaiya Ahmad Termizi berkata pusat itu kini didirikan dengan menggunaka­n khemah tertutup berhawa dingin berbanding khemah yang hanya ditutupi kanvas, sebelum ini.

Perawat juga kini bertugas di dalam khemah lut sinar itu dengan menggunaka­n sarung tangan bagi mengurangk­an jarak antara pesakit.

Menurutnya, hasil cetusan idea daripada doktor, penolong pegawai perubatan dan pegawai perhubunga­n awam HSI, pusat itu berjaya didirikan dengan kerjasama pelbagai pihak antaranya melibatkan badan bukan kerajaan dan syarikat korporat.

“Jika jarak antara petugas dan pesakit dapat dijaga, ini boleh mengurangk­an risiko jangkitan kepada petugas. Selain itu, pembinaan khemah yang berasingan dan berhawa dingin dapat menggurang­kan penggunaan peralatan perlindung­an diri (PPE) dan memberikan keselesaan kepada petugas.

“Sebelum ini, petugas kami bila tanggalkan PPE habis basah seperti mandi, tetapi dengan khemah ini lebih selesa dan moral mereka lebih tinggi untuk bekerja dan berkhidmat,” katanya kepada BERNAMA ketika tinjauan di Kem COVID di HSI di sini, semalam.

Beliau, yang berkhidmat di HSI sejak 2014, bagaimanap­un menjelaska­n bahawa perawat masih bertugas di luar dengan menggunaka­n PPE bagi mengambil sampel pesakit seperti kanakkanak.

Sebelum ini, pesakit perlu membuat saringan di bahagian Jabatan Kecemasan yang kebiasaann­ya akan mengalami kesesakan.

Beliau berkata, selain berhawa dingin, pusat berkenaan juga mempunyai kemudahan lain seperti tempat rehat, ruang solat dan tandas untuk perawat.

“Malah untuk pesakit juga kami sediakan ruangan untuk solat serta tandas bergerak oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru yang dapat memudahkan mereka sementara menunggu giliran,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KURANGKAN RISIKO: Petugas HSI mengambil langkah keselamata­n semasa melakukan pemeriksaa­n terhadap pesakit yang hadir bagi pemeriksaa­n COVID-19 ketika tinjauan di Pusat Saringan itu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama KURANGKAN RISIKO: Petugas HSI mengambil langkah keselamata­n semasa melakukan pemeriksaa­n terhadap pesakit yang hadir bagi pemeriksaa­n COVID-19 ketika tinjauan di Pusat Saringan itu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia