Utusan Borneo (Sarawak)

Para atlet jalani latihan persendiri­an di rumah masing-masing, PSS pantau kecergasan menerusi video latihan, kata Abang Khalid

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) tidak menghadapi kekangan dalam memastikan para atlet sentiasa bersiap sedia menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20.

Presidenny­a Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki berkata, atlet takraw Sarawak untuk SUKMA sentiasa bersedia walapun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjalanka­n latihan secara persendiri­an di rumah masing-masing.

Tegasnya, PSS sentiasa memantau perkembang­an dan kesihatan para atlet takraw dari semasa ke semasa.

“Ketika PKP ini, para atlet disarankan mengekalka­n kecergasan mereka walaupun berlatih sendiri di rumah.

“Malah, atlet juga diminta menghantar video latihan

Presiden PSS

mereka sepanjang tempoh PKP bagi pemantauan ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Jelas Abang Khalid, kecergasan para atlet takraw penting sebelum pemilihan akhir dibuat bagi mewakili Sarawak ke kejohanan tersebut kelak.

Menurutnya, pemilihan untuk atlet takraw bagi SUKMA akan dilakukan selepas keadaan wabak COVID-19 ini pulih sepenuhnya.

Dalam pada itu katanya, PSS mempunyai 12 atlet takraw wanita dan 18 atlet lelaki yang kini menjalani latihan secara persendiri­an di rumah masing-masing.

Selain itu, beliau menasihat agar para atlet takraw Sarawak sentiasa mematuhi PKP dengan duduk di rumah sepanjang tempoh arahan tersebut demi keselamata­n dan kesihatan mereka.

“Patuhi arahan dari semasa ke semasa dengan duduk di rumah sepanjang PKP ini dan jaga kesihatan masing-masing,” ujarnya.

Untuk rekod, sepak takraw berjaya menyumbang dua pingat kepada kontinjen Sarawak pada SUKMA 2018 yang berlangsun­g di Perak iaitu pingat emas menerusi beregu wanita dan gangsa dalam acara berpasukan wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia