Utusan Borneo (Sarawak)

Barang asas di POS Mukah mencukupi

-

MUKAH: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah memberi jaminan bahawa semua 53 Pusat Jualan (POS) di bahagian ini mempunyai barang keperluan asas mencukupi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua sehingga 14 April 2020 dan juga persediaan untuk musim perayaan yang bakal menyusul.

Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah Salihin Den berkata, semua pembekal telah dimaklumka­n supaya menambah stok bekalan semasa bagi menampung keperluan sehingga tempoh tiga bulan.

“Semua POS dijamin akan mempunyai bekalan keperluan asas mencukupi seperti minyak masak, gula, tepung gandum dan beras selain tong gas (LPG), petrol serta diesel (CD),” katsnya kepada Utusan Borneo.

Antara POS terlibat terletak di kawasan Matu, Daro, Dalat, Igan dan Tanjung Manis.

POS merupakan salah satu projek penyeragam­an harga barang di bawah Bahagian Harga Barang Malaysia (BHBN) pihak KPDNHEP.

Kos pengangkut­an barang keperluan dimaksudka­n yang menyertai POS akan ditanggung BHBN dan harga barang sama dengan harga di kawasan bandar.

Tempoh hari setelah selesai mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah mengatakan pihak KPDNHEP akan memastikan semua 800 POS di Sarawak tidak akan kekurangan barang keperluan sepanjang tempoh PKP fasa dua dan seterusnya untuk persediaan perayaan.

Kerajaan negeri juga telah mengumumka­n peruntukan tambahan RM16.4 juta bagi bantuan kepada rakyat golongan sasar di negeri ini yang terjejas teruk akibat PKP.

PKP fasa pertama telah tamat pada 31 Mac dan fasa kedua dijangka tamat pada 14 April ini.

 ??  ??
 ??  ?? SALIHIN
SALIHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia