Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah, Sarawak perlu kelonggara­n perjalanan lebih 10km

KKM perlu pertimbang penguatkua­saan peraturan perjalanan tidak lebih 10km kerana melibatkan ramai pesakit luar bandar

-

Klinik daerah tidak mempunyai kemudahan yang diperlukan pesakit dan adalah menjadi keperluan bagi mereka untuk pergi ke hospital yang terletak di kawasan bandar. ”

Dr Kelvin Yii

Ahli Parlimen Bandar Kuching

KUCHING: Rakyat di Sabah dan Sarawak perlu diberi kelonggara­n untuk mendapatka­n kemudahan rawatan kesihatan melebihi radius 10 kilometer (km) dari rumah terutama sewaktu penularan wabak COVID-19 ini.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mempertimb­angkan penguatkua­saan peraturan berhubung perjalanan dihadkan tidak lebih 10km kerana ia melibatkan ramai pesakit dari kawasan luar bandar dan akan menyebabka­n keadaan menjadi semakin sulit.

“Klinik daerah tidak mempunyai kemudahan yang diperlukan pesakit dan adalah menjadi keperluan bagi mereka untuk pergi ke hospital yang terletak di kawasan bandar.

“Kita memahami pada waktu ini KKM bimbang orang ramai akan terdedah kepada jangkitan tetapi demografi Sabah dan Sarawak perlu dilihat terlebih dahulu.

Kebanyakan bekalan per

ubatan terdapat di hospital besar,” katanya menerusi kenyataan semalam.

“Malah, sebahagian daripada mereka merupakan pesakit kanser, pesakit jantung dan pesakit menghidap penyakit tidak berjangkit,” jelasnya.

Tambah Dr Yii, pusat rawatan utama terletak di bandar raya Kuching, begitu juga dengan pusat rawatan jantung yang berada di Samarahan dan seterusnya memerlukan mereka dari kawasan luar bandar turun ke kawasan selatan negeri ini.

Ibu hamil terutama di kawasan luar bandar turut terjejas kerana mereka perlu menjalani rawatan susulan sebelum dan selepas bersalin bersama bayi baru lahir yang memerlukan vaksinasi wajib.

“Justeru, tidak perlu memaksa mereka yang memerlukan kemudahan rawatan perubatan untuk mendaftark­an diri di balai polis bagi mendapatka­n kebenaran supaya dapat membuat perjalanan melebihi 10km.

“Dengan adanya dokumen atau temu janji rawatan daripada hospital atau klinik sudah memadai sebagai bukti untuk ditunjukka­n semasa sekatan,” ujarnya sambil menambah, tiada pihak sengaja bergerak bebas keluar untuk pergi ke klinik atau hospital pada waktu kritikal sebegini.

 ??  ?? DR KELVIN YII
DR KELVIN YII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia