Bintang Afrika sertai ‘perang’ menentang koronavirus dengan derma dan lagu
PEMAIN bola sepak dan pemuzik berada di barisan depan dalam usaha memerangi koronavirus di Afrika, yang menjangkau bukan hanya untuk media sosial yang menyebar kesedaran tentang bahaya virus itu tetapi juga untuk buku cek.
Antara orang pertama untuk tampil adalah pemain sayap Senegal Sadio Mane – seorang pemain penting dalam usaha Liverpool untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada tahun ini – yang menderma 30 juta franc CFA (AS$50,000) kepada Suruhanjaya Perubatan Kebangsaan di negaranya untuk memerangi mikrob berbahaya itu.
Di Ivory Coast, bekas penyerang Chelsea Didier Drogba memberi topeng muka kepada katedral Abidjan, dengan amaran: “Saudariku, saudaraku, saya meminta anda memandang perkara ini dengan sangat serius. Kita cenderung bersikap terlalu sambil lewa mengenai reaksi kita kepada situasi ini.”
Seorang lagi penyerang Afrika yang hebat, Samuel Eto’o dari Cameroon, yang kini juga sudah bersara, cepat menggesa masyarakat di Afrika untuk mematuhi langkah berjaga-jaga dengan ketat.
“Saudara dan saudari Afrika saya! Corona Virus sudah mengambil alih kehidupan kita. Dengan niat jahat, kebongkakan dan tanpa notis,” tulis Eto’o.
“Ia tidak mengenali kaum, agama mahupun parti politik. Ia membunuh orang kaya mahupun orang miskin. Malah di negara di mana penyelidikan dibuat dengan baik, akibatnya amat dahsyat sekali. Tidak dapat diramalkan.”
Eto’o menghabiskan kebanyakan karier sebagai pemain di Sepanyol.
“Kerana semua sebab ini, saudaraku, saudari, wahai ibu bapa, saya meminta anda untuk menghormati arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa negara-negara kita dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).”
Terjejas selepas Asia dan Eropah, rantau Gurun Sahara Afrika telah merekodkan hanya 1,642 kes dan kira-kira 20 kematian sahaja, menurut satu kiraan AFP pada jam 1100 GMT Khamis dari kes-kes yang diisytiharkan secara rasmi.
Bagaimanapun benua itu bimbang mengenai penularan umpama kilat yang boleh membebani struktur kesihatannya yang sudah pun rapuh.
Di Afrika Selatan, negara paling terjejas di benua itu, kapten ragbi Springbok, Siya Kolisi, mengeluarkan beberapa video dalam talian yang menunjukkan dirinya di rumah bersama anakanaknya, untuk mematuhi peraturan pengasingan yang digariskan oleh Presiden Cyril Ramaphosa.
“Jaga keselamatan, sentiasa tabah, marilah menentang ini bersamasama,” katanya.
PEMUZIK BERI SOKONGAN
Pemuzik Afrika juga tampil ketika benua itu mengalami waktu antara yang paling suram baginya.
Youssou N’Dour, yang digambarkan oleh majalah Rolling Stone pada 2004 sebagai “penyanyi paling terkenal yang masih hidup” di Senegal dan Afrika, menyerahkan sejumlah peralatan perubatan kepada kementerian kesihatan di Dakar pada pertengahan Mac.
Kumpulan penyanyi rap Senegal “Y en a marre” (‘Had enough’) mengetepikan kebencian mereka yang biasa terhadap rasuah dan politik semasa untuk mengeluarkan sebuah lagu bertajuk ‘Fagaru Ci
Corona’ yang memberi amaran tentang bahaya virus itu dan memberi nasihat tentang mencuci tangan dan memakai topeng muka.
Mereka adalah antara artis-artis lain yang mengetepikan buat sementara waktu protes mereka menentang kerajaan untuk menggembleng tenaga dan bersatu sekitar mesejmesej yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Di Uganda, penyanyi Bobi Wine, seorang ahli parlimen yang ditangkap pada awal Januari lalu kerana tentangannya kepada Presiden Yoweri Museveni, telah meminat peminatnya untuk “melaksanakan penjarakan sosial dan kuarantin”, dalam satu video di Twitter.
‘KAMI MAHU HIDUP!’
Di Republik Demokratik Kongo (DRC), bintang rumba Fally Ipupa mengetepikan percintaan buat kali ini untuk memaparkan sebuah video dalam Twitter yang dipanggil ‘Fally in confinement mode,
the kisses stop’, satu melodi yang diubahsuai menggunakan gitar akustik.
“Duduk di rumah, hormati arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa dan WHO,” kata penyanyi Kinshasa itu.
Pihak berkuasa DRC belum lagi melaksanakan pengurungan tetapi mereka sudah menutup sempadan, tempat awam, dan menutup ibu kota Kinshasa.
Rakan senegara Koffi Olomide, seorang penyanyi soukouss, versi moden bagi rumba Kongo, memberi amaran kepada rakan-rakan senegara tentang “Kuluna-virus”, dengan pintar menyulam istilah “kuluna” yang menunjukkan geng bersenjata di Kinshasa, salah satu legenda bandar dan ketakutan di ibu negara itu.
Di Ivory Coast, penyanyi DJ Kerozen turut membayangkan virus berkenaan dalam sebuah lagu baharu: “There’s a corona, let’s respect the hygiene instructions, the deal is serious, oh ..(. ..) Even Mbengue (bahasa tempatan untuk negara Perancis), over there, it’s spoiled ... we want to live!”
Pemain saksofon dari Cameroon Manu Dibango, yang telah menjadi rujukan untuk hampir setiap pemuzik di Afrika, meninggal dunia di Perancis pada minggu ini di usia 86 tahun akibat koronavirus itu. Komposer lagu ‘Soul
Makoss’ itu merupakan selebriti dunia pertama untuk mati akibat virus tersebut.
Penyanyi Kongo, Aurlus Mabele, seorang tokoh dalam soukous, turut meninggal dunia seminggu lalu di Paris akibat virus itu. — AFP