Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba selamat kereta mewah daripada hangus

-

KUCHING: Sebuah kereta mewah terbakar di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) berdekatan bangunan Sarawak Energy pada petang kelmarin (Sabtu).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.51 petang dan menggerakk­an Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Kebakaran hanya melibatkan bahagian dashboard di hadapan tempat duduk penumpang sahaja,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, pasukan bomba bertindak melakukan pemadaman seterusnya membuat pemeriksaa­n di lokasi kejadian bagi memastikan tiada unsur bahaya dan memastikan keadaan selamat.

Operasi pemadaman tamat jam 6.24 petang.

 ??  ?? TERBAKAR: Sebuah kereta mewah rosak teruk di bahagian‘dashboard’di hadapan penumpang.
TERBAKAR: Sebuah kereta mewah rosak teruk di bahagian‘dashboard’di hadapan penumpang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia