Utusan Borneo (Sarawak)

Pematuhan SOP di Medan Niaga Satok memuaskan

Semua pengunjung, peniaga memakai pelitup muka serta mengamalka­n penjarakan sosial: Wan Junaidi

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berpuas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Medan Niaga Satok di sini.

Beliau yang meluangkan masa mengunjung­i medan niaga tersebut bagi membeli barangan keperluan semalam

berkata, semua pengunjung dan peniaga dilihat memakai pelitup muka serta mengamalka­n penjarakan sosial.

Malah katanya, kawalan oleh anggota RELA dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) juga dibuat dengan baik dengan setiap pengunjung akan diperiksa suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

“Saya sendiri juga diminta beratur dan menunggu kirakira 15 minit sebelum boleh masuk ke dalam medan niaga ini.

“Tetapi yang menarik perhatian saya ialah, tiada pengunjung yang merungut kerana mereka faham situasi ketika ini.

“Saya puji sikap berdisipli­n ini dan berharap orang ramai akan terus mematuhi SOP sepanjang tempoh PKPB ini,” katanya.

Tambah Wan Junaidi, sebelum pandemik COVID19, medan niaga ini merupakan pusat perniagaan yang sangat popular bukan sahaja dalam kalangan pengunjung tempatan tetapi juga pengunjung luar.

Namun keadaan berbeza ketika tempoh PKP dan PKPB ketika ini di mana aktiviti perniagaan di medan niaga ini agak perlahan berbanding sebelum ini.

Bagaimanap­un Wan Junaidi memuji sikap peniaga yang tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan terutama bahan basah seperti ikan dan daging.

“Saya berharap aktiviti di medan niaga ini akan kembali meriah seperti sebelum ini bagi memberi ruang kepada usahawan desa memasarkan produk mereka,” katanya.

Saya sendiri juga diminta beratur dan menunggu kira-kira 15 minit sebelum boleh masuk ke dalam medan niaga ini.

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi

 ??  ?? IKUT SOP: Wan Junaidi menulis nama dan diambil bacaan suhu badan sebelum masuk ke Medan Niaga Satok.
IKUT SOP: Wan Junaidi menulis nama dan diambil bacaan suhu badan sebelum masuk ke Medan Niaga Satok.
 ??  ?? MEMUASKAN: Wan Junaidi membeli barangan keperluan sambil meninjau tahap pematuhan SOP pengunjung dan peniaga di Medan Niaga Satok.
MEMUASKAN: Wan Junaidi membeli barangan keperluan sambil meninjau tahap pematuhan SOP pengunjung dan peniaga di Medan Niaga Satok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia