Utusan Borneo (Sarawak)

PKPB: Dua lelaki warga emas antara 13 individu dikenakan kompaun

-

LIMBANG: Dua lelaki warga emas masing-masing berusia 66 dan 68 tahun antara 13 individu dikenakan kompaun kerana berada di sebuah kedai makan, Jalan Pandaruan di sini melebihi jam 10 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mereka yang dikompaun terdiri daripada tujuh pelanggan lelaki dan lima wanita serta seorang pemilik premis lelaki berusia lingkungan 18 hingga 68 tahun.

“Pemeriksaa­n polis jam lebih kurang 10.05 malam di kedai makan terbabit mendapati ia masih beroperasi walaupun waktu sudah melepasi jam 10 malam.

“Didapati kedudukan pelanggan tidak mengikut SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Abang Zainal Abidin berkata, hasil siasatan mendapati premis terbabit mempunyai lesen perniagaan yang sah.

“Hasil siasatan premis masih beroperasi selepas jam 10 malam dan pelanggan berkumpul melebihi empat orang dalam satu meja.

“Semua individu bersetuju menerima tawaran kompaun dan tawaran kompaun adalah 14 hari bekerja sehingga 16 Jun ini,” jelasnya.

Semua individu dibawa ke Balai Polis Limbang dan dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 6) 2020.

 ??  ?? INGKAR: Seramai 13 individu ditahan selepas didapati berada dalam sebuah kedai makan selepas jam 10 malam.
INGKAR: Seramai 13 individu ditahan selepas didapati berada dalam sebuah kedai makan selepas jam 10 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia