Utusan Borneo (Sarawak)

Ular bersembuny­i dalam ruang enjin kereta berjaya ditangkap

-

SARIKEI: Seorang pemilik sebuah kereta dari Jalan Century dekat sini, terkejut dengan kehadiran seekor ular yang memasuki ruang enjin kereta miliknya, awal pagi semalam.

Kehadiran ular berwarna hitam tersebut disedari pemilik kereta tersebut ketika dia hendak memeriksa enjin kereta miliknya.

Khuatir terhadap keselamata­n diri dan keluargany­a, pemilik kenderaan terbabit telah memohon bantuan pihak bomba untuk menangkap ular terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tersebut pada jam 7.02 pagi.

“Sejurus itu, seramai tiga anggota dikerahkan ke lokasi tersebut yang terletak satu kilometer dari balai.

“Ketika anggota bomba tiba di lokasi terbabit, mereka telah memantau lokasi ular tersebut bersembuny­i dan mengenal pasti spesiesnya.

“Berikutan itu, pihak bomba telah mendapati ular yang bersembuny­i di bahagian enjin pengadu tersebut adalah ular berbisa iaitu jenis ular tedung hitam,” katanya dalam kenyataan kepada media semalam

Pihak bomba telah menggunaka­n penjerut ular untuk menangkap ular tedung tersebut.

Menurut Mahmudin, usaha menangkap ular tersebut mengambil masa tiga minit sahaja.

“Sebaik berjaya ditangkap, ular tersebut telah dilepaskan semula ke habitat asalnya yang berada agak jauh dari penempatan penduduk,” tegas Mahmudin.

 ??  ?? BERBISA: Anggota bomba berjaya menangkap seekor ular tedung yang bersembuny­i di bahagian enjin kereta milik seorang penduduk di Jalan Century awal pagi semalam.
BERBISA: Anggota bomba berjaya menangkap seekor ular tedung yang bersembuny­i di bahagian enjin kereta milik seorang penduduk di Jalan Century awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia