Utusan Borneo (Sarawak)

Biar apa orang kata, fokus menangkan PSB pada PRN12: Wan Abdillah

-

KUCHING: Usah dengar suara sumbang yang dilemparka­n ke atas dua bekas pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian dan See Chee How berikutan penyertaan mereka dalam Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Perkara itu ditegaskan Pengerusi PSB Cabang Lingga Datuk Wan Abdillah Edruce yang berkata, terdapat pelbagai kecaman dan ejekan daripada beberapa pihak tentang isu lompat parti, katak politik dan sebagainya yang mengaitkan penyertaan kedua-dua wakil rakyat itu.

“Saya ingin menjelaska­n di sini bahawa sekiranya kita memang berniat hendak membela rakyat, kita akan memilih kapal yang dilihat bagus, kukuh dan mempunyai ketahanan untuk terus berjuang.

“Kita tidak mahu menggadaik­an kepercayaa­n yang telah diberikan rakyat dengan hanya mahu menyelamat­kan karier politik dan periuk nasi sendiri.

“Biarlah mereka hendak cakap apa pun, bak kata pepatah ‘mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya’, yang penting adalah keikhlasan kita untuk bekerjasam­a dalam satu pasukan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Malah Wan Abdillah berkata, penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan dan ADUN Batu Lintang itu juga dapat mengukuhka­n lagi PSB dalam mendepani Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.

Beliau yang sangat mengalu-alukan kehadiran Baru dan See dalam PSB, berharap mereka sentiasa dapat bekerjasam­a untuk menguatkan PSB demi memastikan kemakmuran Sarawak.

Tegasnya, Presiden PSB Dato Sri Wong Soon Koh sangat arif dan memahami keadaan politik di negeri ini.

“Beliau (Wong) bukannya baharu sehari dua dalam politik dan saya percaya beliau tahu dan sangat arif bahawa kapal Sarawak ini perlu seimbang dan tidak berat sebelah untuk terus meluncur laju belayar bersama rakyatnya dalam keadaan damai dan harmoni tidak mengira agama, bangsa dan status sosial,” tambahnya.

Katanya lagi, beliau percaya Baru dan See sangat faham tentang aspirasi PSB yang terbuka untuk semua kaum.

“Mereka adalah orang yang telah diberi mandat oleh rakyat pelbagai kaum untuk menjadi wakil rakyat.

“Tugas mereka dan saya adalah sama, begitu juga ahliahli Majlis Tertinggi PSB yang lain yang terpilih, selain daripada bertanggun­gjawab membawa kemajuan dan kemakmuran negeri, kami semua juga bertanggun­gjawab memberikan teladan baik kepada rakyat Sarawak bahawa kami boleh bekerjasam­a, berbincang semeja untuk satu misi yang sama,” jelasnya.

Menurutnya, ia adalah simbolik perpaduan kaum yang ada dalam Majlis Tertinggi PSB.

“Saya percaya simbolik kerjasama dan perkongsia­n kuasa pelbagai kaum dalam negeri Sarawak akan dicerminka­n pada susunan kerusi di meja mesyuarat Majlis Tertinggi kami nanti, saya percaya itu,” ujarnya.

 ??  ?? WAN ABDILLAH
WAN ABDILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia