Utusan Borneo (Sarawak)

Baru, See masuk PSB, terima harimau liar bukan mudah: Karim

-

KUCHING: Bukan mudah untuk menerima harimau liar dalam rumah, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau merujuk tindakan Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang menerima penyertaan dua bekas pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian dan See Chee How dalam parti tersebut yang diumum secara rasmi pada Sabtu.

Malah, tegas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, tindakan menerima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan dan ADUN Batu Lintang tersebut boleh memakan diri.

“Bukan mudah untuk menerima harimau liar dalam rumah. Ia boleh makan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, ia adalah hak Baru dan See untuk menyertai mana-mana parti politik yang mahu menerima mereka.

“Terpulang kepada (Presiden PSB) Yang Berhormat Dato Sri Wong Soon Koh dan PSB untuk menerima mereka dan pengikut-pengikut mereka,” jelasnya.

Bagaimanap­un, beliau melahirkan rasa simpati terhadap nasib empat orang kuat PSB iaitu ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa, ADUN Opar Datuk Ranum Mina, Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat dan bekas Ahli Parlimen Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun.

“Saya hanya kesian melihat Entulu, Johnical Rayong, Masir dan Ranum yang telah bertungkus-lumusturun­padangmemb­ina PSB menjadi apa yang dapat kita lihat pada hari ini.

“Namun, (mereka) hanya menjadi pemimpin pinggiran selepas ini,” ujarnya.

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia