Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan Baru dan See perkukuhka­n PSB menghadapi PRN12

-

KUCHING: Pengerusi Parti Sarawak Bersatu (PSB) Marudi Datuk Sylvester Entri Muran berkata penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Baru Bian dan ADUN Batu Lintang See Chee How dalam PSB akan menjadikan parti itu lebih kukuh menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Beliau berkata kuasa politik yang dimiliki Baru dan See akan melengkapk­an lagi kekuatan dan kepimpinan berwawasan Dato Sri Wong Soon Koh sebagai parti bebas tempatan yang tidak bergabung dengan parti-parti politik dari luar Sarawak.

“Kuasa politik telah membawa Baru Bian dan See Chee How menyertai PSB. Ini sudah tentu akan menjadikan PSB lebih kukuh menghadapi PRN12 nanti.

“Saya yakin kedua-dua mereka akan dapat menyumbang dalam perjuangan politik mereka dengan lebih selesa dan berkesan menerusi parti politik tempatan iaitu PSB,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Entri berkata beliau akan bekerjasam­a dengan mereka dalam PSB untuk menjadikan PSB sebuah parti politik yang disertai dengan bangga oleh rakyat Sarawak.

Selain itu katanya, memberi impak berkesan dalam politik di negeri ini menerusi gabungan usaha demi Sarawak yang lebih baik secara keseluruha­nnya.

“Saya yakin pengalaman luas Baru Bian dan See Chee How akan terus memperkuku­hkan PSB untuk menjadikan ia kuasa yang harus diambil kira dalam kancah politik di Sarawak,” ujarnya.

Menurut Entri keduadua bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak itu menyertai PSB kerana mahu meneruskan perjuangan politik mereka untuk rakyat serta negeri Sarawak.

Beliau berkata PSB dan kedua-dua wakil rakyat itu berkongsi aspirasi serta hala tuju sama untuk menjadikan Sarawak lebih baik.

“Saya yakin kedua-dua mereka telah berfikir dengan sedalam-dalamnya keputusan menyertai parti politik yang betul sesuai dengan perjuangan mereka menjadikan Sarawak sebuah negeri yang dibangunka­n secara holistik, keadilan dan hak sama rata untuk rakyat negeri ini.

“Saya percaya Baru Bian dan See Chee How akan menyumbang kepakaran dan pengalaman berdasarka­n pengalaman meluas mereka dalam politik, menerusi PSB demi kepentinga­n Sarawak dan rakyatnya,” katanya.

 ??  ?? ENTRI
ENTRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia