Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan Baru dan See menyertai PSB sudah dijangka

-

KUCHING: Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Baru Bian dan ADUN Batu Lintang See Chee How menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) sudah dijangka, kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Larry Sng.

Larry ketika dihubungi bagi mengulas perkara ini berkata kedua-dua bekas pemimpin PKR tersebut mempunyai hak untuk menyertai mana-mana parti politik yang diinginkan.

“Bagaimanap­un saya kurang jelas apa pendirian mereka sebenarnya untuk politik.

“Adakah mereka menyertai

PSB untuk kemudahan politik? Adalah mereka komited untuk melawan Gabungan Parti Sarawak (GPS)?

“Atau adalah mereka berminat untuk melawan PKR pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang?” soal Larry yang juga Ahli Parlimen Julau.

Larry dalam pada itu percaya PKR Sarawak tetap kukuh walaupun tanpa Baru dan See serta beberapa bekas pemimpinny­a yang bertindak keluar parti.

“PKR adalah kuat kerana prinsipnya. Pemimpin datang dan pergi itu normal,” katanya yang yakin PKR akan terus kuat.

Dalam pada itu Baru ketika mengesahka­n penyertaan dalam PSB berkata, tindakanny­a melompat parti sebagai katak baik dan bijak.

Keputusan tersebut katanya, turut didorong oleh matlamat PKR yang dahulunya memperjuan­gkan nasib rakyat tetapi kini telah berubah.

Selain Baru dan See difahamkan juga lebih 20 bekas pemimpin akar umbi PKR lain turut sama menyertai PSB.

 ??  ?? LARRY SNG
LARRY SNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia