Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak masih bersyukur berpeluang sambut Hari Gawai

-

KUCHING: Rakyat Sarawak masih bersyukur diberi peluang menyambut sambutan Hari Gawai dengan keharmonia­n masyarakat majmuk walaupun dalam suasana berbeza daripada tahun sebelumnya. MenteriMud­aInfrastru­ktur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi berkata demikian sambil menambah, walaupun wabak COVID19 telah merubah landskap ketamaduna­n manusia dalam pelbagai perkara pada tahun ini.

“Saya menyeru rakyat mematuhi prosedur operasi standard(SOP)yangtelahd­ikeluarkan khasnya dalam tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Biarlah kita menyambut perayaan kali ini dalam kesederhan­aan kerana apa yang lebih penting bagi manusia sejagat hari ini ialah kesihatan dan keselamata­n daripada COVID-19,” katanya menerusi kenyataan perutusanH­ariGawaime­nerusi lamanFaceb­ookPusatKh­idmat Sebuyau semalam.

Julaihi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Sebuyau turut menyatakan harapan agar perayaan Gawai hari ini menjadi lebih bermakna dengan menjadikan faktor keselamata­n perkara utama.

Beliau mengingatk­an agar rakyat yang menyambut untuk sentiasa mengingati diri mereka sendiri dan orang terdekat untuk sentiasa dilindungi dengan menjaga kebersihan diri serta dijauhi daripada wabak berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia