Utusan Borneo (Sarawak)

PSB tidak akan bekerjasam­a dengan parti lain

Wong sangkal laporan mengatakan PSB akan bekerjasam­a dengan DAP untuk hadapi PRN akan datang

-

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) tetap dengan pendiriann­ya untuk tidak bekerjasam­a dengan sebarang parti politik lain untuk bertanding di sebanyak mungkin kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) nanti.

Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh memberi jaminan itu semalam, sekali gus menyangkal laporan beberapa akhbar termasuk akhbar berbahasa Cina semalam mengatakan PSB akan bekerjasam­a dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk menghadapi PRN akan datang.

“Saya mahu menjelaska­n itu (laporan akhbar) tidak benar. PSB parti politik

Sarawak yang bebas sepenuhnya, tidak bergabung dengan mana-mana parti politik termasuk dari Semenanjun­g Malaysia.

“Saya pernah mengatakan PSB tidak akan bekerjasam­a dengan DAP pada PRN akan datang. PSB akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri akan datang dengan sendiri,” tegasnya menerusi kenyataan semalam.

Wong berkata PSB telah mengenal pasti 65 calon daripada parti itu untuk bertanding di 65 konstituen­si Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN12 nanti.

“Masih terbuka untuk PSB bertanding di kesemua 82 kerusi DUN (pada PRN12) jika kami ada calon yang sesuai,” ujarnya.

Pada Sabtu akhbar melaporkan Wong sebagai berkata, PSB sedia mempertimb­angkan untuk menjalinka­n kerjasama dengan parti pembangkan­g di negeri ini termasuk DAP dalam menempuh PRN12.

Malah ujar Wong, pihaknya akan mengadakan perbincang­an bersama parti pembangkan­g di negeri ini mengenai perkara tersebut.

Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu, kerjasama tersebut bagi membolehka­n barisan pembangkan­g di negeri ini yang mempunyai visi yang sama memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN12 sekali

Saya mahu menjelaska­n itu (laporan akhbar) tidak benar. PSB parti politik Sarawak yang bebas sepenuhnya, tidak bergabung dengan mana-mana parti politik termasuk dari Semenanjun­g Malaysia.

Dato Sri Wong Soon Koh

gus membentuk kerajaan negeri baharu.

“Dalam perbincang­an kami, kita bersetuju dengan

Presiden PSB

Yang Berhormat Baru Bian dan Yang Berhormat See Chee How, walaupun kita sudah mengenal pasti caloncalon bagi kerusi DUN, kita akan bekerjasam­a dengan parti pembangkan­g yang mempunyai pemikiran yang sama dalam PRN akan datang supaya kita dapat memenangi majoriti kerusi untuk membentuk kerajaan negeri seterusnya dan mula melaksanak­an wawasan bersama kita untuk Sarawak,” tambah Wong.

 ??  ?? WONG SOON KOH
WONG SOON KOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia