Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong mohon maaf tidak dapat mengunjung­i rakan dan rakyat

-

BINTULU: Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak dapat mengunjung­i rakan-rakan terutama rakyat di kawasan Parlimen Bintulu seperti lazim ketika sambutan Gawai Dayak tahun ini.

Namun, beliau berjanji mengunjung­i rakan-rakan dan rakyat di kawasan Parlimen Bintulu apabila pandemik COVID-19 reda.

“Sambutan perayaan Gawai Dayak tahun ini pastinya berbeza berbanding tahuntahun sebelumnya,” katanya dalam perutusan sempena Hari Gawai Dayak 2020 di sini semalam.

Tiong mengucapka­n Selamat Hari Gawai kepada semua suku kaum Dayak dan rakyat negeri Sarawak keseluruha­nnya.

Beliau harap tiada aktiviti kunjung mengunjung seperti lazim dilakukan berikutan pandemik COVID-19 melanda dunia kini.

“Justeru, kita bersamasam­a berdoa agar pandemik COVID-19 segera berlalu supaya kita dapat menjalani kehidupan normal seperti sebelumnya.

“Pesan saya, patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ditetapkan semasa perayaan Gawai Dayak, jaga keselamata­n diri, anak-anak, ibu bapa, sanaksauda­ra serta masyarakat keseluruha­n.

“Selamat Hari Gawai Dayak 2020 Gayu Guru, Gerai Nyamai lantang senang ngereja pengawa chelap lindap nguan menua,” katanya.

 ??  ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia