Utusan Borneo (Sarawak)

Pintu kerjasama DAP sentiasa terbuka kepada pembangkan­g atau bebas

-

MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana parti pembangkan­g atau bebas dalam kempen untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha parti yang juga Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Senator Alan Ling berkata, pintu kerjasama sentiasa terbuka untuk menentang parti lawan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kita di DAP dan PH mengalu-alukan apa juga bentuk kerjasama kerana kita mempunyai pihak lawan yang sama,” jelas beliau dalam kenyataann­ya semalam.

Ling memberitah­u, kerjasama dan permuafaka­tan antara parti pembangkan­g akan memperkuat­kan jentera untuk mendapat kepercayaa­n rakyat khasnya pengundi terhadap perjuangan parti.

“Saya telahpun bercakap demikian sejak tahun lepas dan ia adalah penting bagi kita mencapai muafakat demi kebaikan Sarawak” kata Ling.

Beliau yakin dengan kempen yang bersungguh-sungguh akan meningkatk­an sokongan rakyat dan mencapai impian mewujudkan pemerintah­an kerajaan baharu di Sarawak.

Selain itu, kerjasama juga diperlukan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Amanah Sarawak.

Alan berkata, PRN Sarawak amat penting bukan hanya untuk Sarawak tetapi juga masa depan negara.

“Keputusan rakyat untuk memiliki kerajaan baharu harus dihormati.

“Kita tidak mahu kuasa rakyat dipinggirk­an sematamata untuk kepentinga­n diri dan kedudukan dalam politik,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia