Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kes positif baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak semalam

-

KUCHING: Tiada kes positif baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak semalam dengan tujuh kes telah sembuh dan discaj dari hospital.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata kes positif kekal sebanyak 552 kes setakat ini.

Manakala jumlah keseluruha­n kes sembuh dan discaj adalah seramai 508 orang atau 92.03 peratus.

“Kesemua tujuh kes yang telah sembuh dan discaj hari ini (semalam) adalah dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Manakala seramai 80 orang di bawah siasatan (PUI) baru dilaporkan dengan 22 kes masih menunggu ujian makmal,” katanya.

Mengenai sampel yang diambil di Belawai, Tanjung Manis kelmarin, daripada 339 sampel, 242 daripadany­a adalah negatif dan 97 masih menunggu ujian makmal.

Bagi kes orang di bawah pengawasan (PUS) pula, seramai 214 PUS telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n PUS di 38 buah hotel di Kuching, Miri,

Bintulu, Limbang dan Miri adalah seramai 955 orang.

Dalam pada itu seramai 26 pesakit sedang dirawat di tiga hospital iaitu, 22 pesakit di HUS, tiga di Hospital Sibu dan seorang di Hospital Bintulu.

Lima daerah iaitu Samarahan, Tanjung Manis, Bintulu, Serian dan Kuching masih berstatus kuning manakala lain-lain daerah berstatus hijau.

 ??  ?? TERKINI: Statistik kes COVID-19 di Sarawak setakat 31 Mei 2020.
TERKINI: Statistik kes COVID-19 di Sarawak setakat 31 Mei 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia