Utusan Borneo (Sarawak)

IIM sedia bantu syarikat bangun tatacara cegah amalan rasuah

-

KUALA LUMPUR: Institut Integriti Malaysia (IIM) komited membantu organisasi dan syarikat merealisas­ikan pembanguna­n serta penggubala­n tatacara mencukupi berkaitan governans, integriti dan antirasuah susulan pelaksanaa­n Seksyen 17A Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 mengenai liabiliti korporat yang berkuat kuasa esok.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Khidmat Korporat IIM Hamilye Sham Harun berkata institut itu menyediaka­n instrumen dan sistem pengurusan, antaranya latihan kesedaran serta pencegahan berkaitan governans, integriti dan antirasuah kepada lembaga pengarah syarikat, Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS), Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Profil Integriti Individu (IIP).

“Kami di IIM sentiasa bersedia membantu organisasi komersial dan korporat membangunk­an serta menggunaka­n instrumen dan kaedah bersesuaia­n ke arah pembudayaa­n tadbir urus yang baik, berintegri­ti dan memerangi jenayah rasuah,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Seksyen 17A Akta SPRM 2009 telah diluluskan Parlimen pada 5 April 2018 dan ia memperuntu­kkan undangunda­ng yang membolehka­n syarikat terlibat rasuah didakwa.

Hamilye Sham berkata peranan dan tanggungja­wab Unit Governans dan Integriti (IGU) yang diletak di bawah lembaga pengarah sesebuah syarikat perlu lebih agresif dan proaktif dalam membangun serta menggubal pelan antirasuah untuk agensi mereka.

Beliau berkata IGU akan melaporkan hasil keberkesan­an terhadap pelaksanaa­n tindakan berkaitan aspek governans, integriti dan antirasuah untuk dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Antirasuah organisasi masing-masing.

Mana-mana syarikat yang disabitkan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17A boleh dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 17A(2) iaitu denda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai suapan, atau RM1 juta, mengikut mana yang lebih tinggi atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Namun ruang dan peluang sebagai pembuktian kepada organisasi korporat boleh membela diri jika dapat menunjukka­n bahawa mereka mempunyai prosedur yang mencukupi dalam operasi perniagaan mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia