Utusan Borneo (Sarawak)

Enam individu cuba rentas daerah dikompaun

Trafik di seluruh Sarawak lancar meskipun masyarakat Dayak sibuk buat persiapan sambut Gawai

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Keadaan trafik di seluruh Sarawak lancar dan terkawal meskipun masyarakat Dayak sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Gawai yang dirai hari ini.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, setakat jam 8 pagi Sabtu hingga 8 pagi Ahad, tiada kesesakan dikesan di negeri ini.

“Aliran trafik seluruh Sarawak adalah lancar dan terkawal, tiada kesesakan

Pesuruhjay­a Polis Sarawak dikesan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata enam kompaun dikeluarka­n ke atas enam kenderaan kerana cuba merentas daerah tanpa permit.

Katanya, enam individu dikompaun itu masing-masing tiga orang di Julau, dua di Sarikei dan satu di Miri.

“Keenam-enam kenderaan terbabit turut diarah berpatah balik,” tambah Aidi.

Jelas beliau lagi, ini menjadikan sebanyak 153 orang telah dikompaun sejak 19 Mei lepas.

Sementara itu, berdasarka­n laporan pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarka­n Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), sebanyak 29 tangkapan dibuat kerana ingkar PKPB semalam.

Selain itu, sebanyak 3,356 permohonan pergerakan antara daerah diterima oleh 28 Ibu Pejabat Daerah Polis seluruh Sarawak menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 91,713 permohonan.

Daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 83,583 diluluskan dan 8,130 ditolak.

Pasukan Pemantauan

PKPB dengan kekuatan 766 anggota turut membuat pemantauan di seluruh Sarawak yang terdiri daripada PDRM (321), ATM (47), RELA (196), APM (89), PBT (93), KKM (2), KPDNHEP (7) dan lain-lain agensi (11).

Pasukan pematuhan turut memantau sebanyak 1,768 lokasi melibatkan pasar raya (226), restoran (298), kilang (30), bank (173), pejabat kerajaan (96), penjaja (9), pasar tani/awam (98), tempat ibadah (100), tempat riadah (44), tapak pembinaan (17) dan lain-lain (677).

Keenam-enam kenderaan te“rbabit turut diarah berpatah balik.

Datuk Aidi Ismail

 ??  ?? AIDI
AIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia