Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Annuar seru warga Sibu pastikan Zon Hijau kekal

-

SIBU: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Dr Annuar Rapa’ee menyeru masyarakat Sibu supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memastikan Sibu kekal dalam Zon Hijau.

Katanya, dengan mematuhi SOP, masyarakat dapat membantu kerajaan dan petugas barisan hadapan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Sibu kini telah kembali bertukar kepada Zon Hijau sekali lagi.

“Ini bermaksud, 14 hari lepas tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan di Sibu.

“Oleh itu, sama-sama kita melawan penularan virus ini sehingga kita berjaya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebookny­a, barubaru ini.

Sementara itu, pada 27 Mei lalu Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengumumka­n bahawa daerah Sibu telah bertukar status daripada Zon Kuning kepada Zon Hijau.

Di samping itu, Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi menggesa orang awam mengunakan talian Hotline Aduan COVID-19 untuk melaporkan perkara-perkara yang melanggar SOP PKPB.

Katanya, orang awam boleh membuat aduan jika mendapati pasar atau pasar raya yang sesak atau tidak mematuhi SOP, kedai-kedai termasuk kedai kopi yang tidak mematuhi SOP atau melanggar arahan kuarantin.

“Mereka boleh terus menghubung­i talian 084-322 222 atau WhatsApp sahaja ke 013-999 4158.

“Usaha melawan COVID19 adalah tanggungja­wab kita bersama,” katanya.

 ??  ?? DR ANNUAR
DR ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia