Utusan Borneo (Sarawak)

Petugas barisan hadapan lapangan terbang Miri terima sumbangan kek

-

MIRI: Petugas barisan hadapan di Lapangan Terbang Miri yang berkhidmat ketika cuti Hari Raya Aidilfitri dan Gawai menerima sumbangan kek daripada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM).

Mereka ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen Malaysia Miri, Pejabat Residen Bahagian Miri, Jabatan Tanah dan Survei yang mengurus tempat-tempat penginapan, Jabatan Kesihatan Bahagian, Malaysia Airport Berhad, Majlis Bandaraya Miri, polis dan wakil wakil hotel.

Jawatankua­sa yang diwakili menteri bertanggun­gjawab yang juga Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin menyerahka­n sumbangan tersebut ketika mengadakan lawatan di sini, semalam.

”Semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan sokongan moral kepada petugas barisan hadapan semasa menjalanka­n tugas di lapangan terbang,” jelasnya.

Sementara itu, dua penerbanga­n masing-masing dari Labuan dan Kuala Lumpur telah tiba di Lapangan Terbang Miri semalam.

Semua penumpang disaring dan ditemu ramah berdasarka­n prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Mereka dipakaikan gelang tangan pemantauan dan menjalani kuarantin di hotel yang telah disediakan.

Dalam tempoh tersebut sekiranya keputusan ujian yang diperolehi negatif, mereka akan dibenarkan pulang ke rumah dan meneruskan kuarantin di rumah sehingga tempoh 14 hari itu tamat.

Hadir sama Pengerusi JPBB Miri merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf.

 ??  ?? PENAIK SEMANGAT: Lee dan wakil penerima bergambar kenangan selepas penyerahan kek Raya-Gawai di Lapangan Terbang Miri semalam.
PENAIK SEMANGAT: Lee dan wakil penerima bergambar kenangan selepas penyerahan kek Raya-Gawai di Lapangan Terbang Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia