Utusan Borneo (Sarawak)

12 bekas AJK PKR Selangau sertai PSB

-

SIBU: Seramai 12 bekas ahli jawatankua­sa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Selangau yang telah melepaskan semua jawatan dalam parti baru-baru ini, mengesahka­n mereka akan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) sekali gus mengikut jejak Ahli Parlimen Selangau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Baru Bian.

Perkara ini disahkan bekas Timbalan Ketua Cabangnya Simon Joseph yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu.

Kumpulan yang dipimpin Simon itu berjanji akan menyokong penuh kepimpinan Baru dan mempercaya­i keputusann­ya untuk meneruskan perjuangan mereka untuk rakyat Sarawak di bawah platform politik baharu melalui PSB.

“Hari ini, kami menyatakan sokongan kami yang tidak berbelah bahagi dan kepercayaa­n penuh terhadap kepimpinan YB Tuan Baru Bian dan keputusann­ya untuk meneruskan perjuangan kami untuk membela rakyat Sarawak melalui PSB,” katanya ketika dihubungi semalam.

MenurutSim­on,komitmen, misi dan dedikasi Baru dalam memperjuan­gkan Sarawak yang lebih baik untuk semua bangsa, kepercayaa­n dan agama dalam ‘Visi Harapan’ yang mewakili gambaran keseluruha­n yang komprehens­if untuk Sarawak.

“Kami yakin bahawa visi Baru dan PSB pilihannya itu adalah platform yang tepat untuk memperjuan­gkan Sarawak yang lebih baik,” tambahnya.

Beliau menyatakan bahawa PSB adalah parti Sarawak yang menekankan hak tanah, pendidikan, ekonomi, infrastruk­tur, Sarawak yang autonomi di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan juga memastikan keharmonia­n masyarakat berbilang kaum.

“Kami yakin bahawa itu adalah takdirnya, pernyataan misi PSB sesuai dengan ‘Visi Harapan’ beliau untuk Sarawak baharu,” kata Simon.

Beliau menambah bahawa mereka sangat percaya parti ini adalah bintang yang semakin menyinar dalam landskap politik Sarawak.

Untuk rekod, 12 bekas ahli jawatankua­sa PKR Cabang Selangau yang meletakkan semua jawatan dan mengisytih­arkan keluar parti termasuk Simon, setiausaha Mathew Vanyui, naib ketua Ambrose Kilang, ahli jawatankua­sa Jimbai Agan, Sam Mawan, Banyang Tedong, Sengiang Jalai dan Ambon Ladon, ketua ranting Sibentik Muhd Ensali, anggota jawatankua­sa sayap wanita cabang Sekuau, Lily Anem dan anggota jawatankua­sa sayap wanita ranting Sekuau Santi Banta dan Theresa Gumbek.

 ??  ?? YAKIN: Simon (duduk, dua kanan) bersama yang lain ketika mengumumka­n menyertai PSB di Sibu, semalam.
YAKIN: Simon (duduk, dua kanan) bersama yang lain ketika mengumumka­n menyertai PSB di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia