Utusan Borneo (Sarawak)

Harden beri penghormat­an terakhir kepada rakan lama

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis telah meluangkan masa menziarahi keluarga dan memberikan penghormat­an terakhir kepada rakan beliau iaitu mendiang Aus Enggek, 68, yang telah meninggal dunia pada Jumaat lalu di Rumah Merinding, Rapak, Pantu dekat sini, semalam.

Harden menyifatka­n mendiang Aus semasa hayatnya merupakan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pantu dan bakal menerima pingat Ahli Bintang Sarawak (ABS).

Namun menurut Harden, disebabkan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini PKPB yang dikuatkuas­akan bermula dari 18 Mac lalu, semua majlis kerajaan ditunda ke suatu tarikh lain.

Mendiang yang meninggalk­an seorang balu dan enam anak disemadika­n di Perkuburan Rapak semalam.

Tambah Harden, mendiang seorang yang ceria, rajin dan merupakan ahli setia SUPP Cawangan Pantu.

“Pemergian mendiang merupakan kehilangan besar kepada SUPP amnya dan SUPP Cawangan Pantu khasnya,” ujarnya.

Turut hadir ialah Pegawai

Tadbir Sarawak di Pejabat Daerah Kecil Pantu Frank Lani, Penghulu Lee Thong Seng, Penghulu Bangga

Regih, ketua-ketua masyarakat, ahli Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dan ahli SUPP cawangan Pantu yang lain.

 ??  ?? ZIARAH: Harden (tiga kanan), Lee (dua kanan) serta ahli SUPP yang lain sedang memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Aus di kediamanny­a di Rumah Merinding, Rapak, Pantu semalam.
ZIARAH: Harden (tiga kanan), Lee (dua kanan) serta ahli SUPP yang lain sedang memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Aus di kediamanny­a di Rumah Merinding, Rapak, Pantu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia