Utusan Borneo (Sarawak)

Beruk diserah kepada SFC

-

KUCHING: Seekor Pig Tail Macaque (yang juga dikenali dengan nama tempatan beruk) telah ditangkap oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan diserahkan kepada pasukan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) Miri kelmarin.

Beruk berkenaan akan ditempatka­n di Piasau Nature Reserve sebelum dilepaskan ke dalam habitat liar.

“Dalam insiden yang berlaku di kawasan Senadin, seorang wanita berumur 39 tahun yang sedang menyiram pokok bunga di belakang rumahnya ternampak beruk berkenaan di kawasan rumah jirannya.

“Kerana risau akan keselamata­n keluargany­a, beliau kemudian telah menelefon APM untuk mendapatka­n bantuan,” kata kenyataan pihak SFC kelmarin.

Beruk merupakan spesies yang dilindungi di bawah Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998.

Dalam Ordinan berkenaan dinyatakan mereka yang memburu, membunuh, menawan, menjual atau memilikima­na-manahidupa­n liar jika didapati bersalah akan dipenjara dua tahun dan denda RM25,000.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC merangkap Kontroler Hidupan Liar Zolkipli Mohamad Aton memuji tindakan pantas dan kesedaran wanita berkenaan untuk melindungi hidupan liar terlindung dengan menelefon APM bagi mendapatka­n bantuan.

“Terima kasih kepada APM dan agensi penguatkua­saan yang lain kerana membantu menangkap hidupan liar dan menyerahka­n ia kepada pihak kami.

“Haiwan liar harus dibiarkan di dalam hutan tanpa diganggu sebagai sebahagian daripada komuniti hutan yang bebas,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubung­i talian hotline SFC di Kuching (0198859996, 013-8110150), Sibu (019-8883561), Bintulu (019-8223449, 019-8332737) atau Miri (019-8224566, 0198290994).

 ??  ?? DILINDUNGI: Beruk yang dijumpai di sebelah rumah di Senadin, Miri.
DILINDUNGI: Beruk yang dijumpai di sebelah rumah di Senadin, Miri.
 ??  ?? PERLU DIBAIKI SEGERA: Hee bergambar di taman kanakkanak yang masih kosong.
PERLU DIBAIKI SEGERA: Hee bergambar di taman kanakkanak yang masih kosong.
 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Johny (kanan) bersama Patrick (dua kiri) menyerahka­n bantuan kerusi roda kepada Nyandang sambil diperhatik­an Roslind (dua kanan).
TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Johny (kanan) bersama Patrick (dua kiri) menyerahka­n bantuan kerusi roda kepada Nyandang sambil diperhatik­an Roslind (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia