Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi bersepadu memastikan pematuhan PKPB di Sri Aman

-

SRI AMAN: Pihak keselamata­n termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sri Aman, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sri Aman, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman dan RELA Daerah Sri Aman telah melaksanak­an operasi bersepadu sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar bandar ini, semalam.

Operasi bertujuan memastikan orang awam sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan ketika mereka berada di tempat awam.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan operasi ini termasuk Pasar Awam Terminal Bas Sri Aman, bank, pasar raya, bengkel dan perniagaan.

Operasi ini turut menumpukan kepada penjarakan sosial serta memastikan orang awam sentiasa menggunaka­n penutup mulut dan hidung setiap kali berkunjung ke premis perbankan, restoran, gerai makan serta pasar raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia