Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian gadis Algeria ketika upacara kejam cetus kemarahan umum

-

ALGIERS: Seorang budak perempuan berusia sepuluh tahun yang meninggal dunia di timur Algeria ketika menjalani ‘upacara penyembuha­n jiwa’, dipercayai akibat dipukul dan dibakar, menurut pendakwa raya, mencetuska­n reaksi kemarahan dalam talian selepas penahanan seorang lelaki.

Pendakwa raya umum di Guelma, 500 kilometer di timur bandar Algiers, mengumumka­n seorang lelaki berusia 28 tahun telah diberkas pada Khamis selepas kematian budak perempuan itu yang didera semasa satu upacara rukyah yang dijalaniny­a di kediaman keluargany­a.

Pendakwa raya tidak menyatakan punca budak perempuan itu menjalani rukyah, satu amalan yang biasanya dilakukan dengan niat untuk merawat orang sakit, menghalau rioh jahat, memberikan perlindung­an daripada renungan mata yang jahat atau menyembuhk­an kemandulan.

Menurut kenyataan pendakwa raya yang dipetik oleh media tempatan, budak perempuan itu meninggal dunia setelah dibawa ke hospital di Guelma. “Mayat budak perempuan itu menunjukka­n kesan dipukul dan melecur,” jelas kenyataan itu.

Pendakwa raya umum mengarahka­n bedah siasat dan siasatan mengenai kematian kanak-kanak tersebut, kata kenyataan itu lagi.

Ketika penyembuha­n jiwa dibenarkan dalam Islam kerana dilakukan dengan menggunaka­n ayat-ayat suci al-Quran, ramai yang menyatakan amalan itu boleh membawa kepada penderaan terutama bagi mereka yang mempunyai isu kesihatan mental.

Rakyat Algeria menyatakan kemarahan mereka dalam media sosial mengenai kematian budak perempuan tersebut dalam ‘sesi penyeksaan di tangan seorang penghukum’, dengan ramai turut mengecam kekurangan liputan media tentang tragedi tersebut.

“Adakah kita akan terus berpura-pura tidak melihat seorang budak perempuan berusia 10 tahun diseksa dan dibunuh?” tanya wartawan Akram Kharief, pengarah laman sesawang MENA Defense, di laman Facebookny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia