Utusan Borneo (Sarawak)

Inkuiri bersihkan nama PM Malta daripada tuduhan

-

ROM: Satu siasatan telah membebaska­n Perdana Menteri Malta Robert Abela dari mana-mana tuduhan mengenai kematian pendatang di laut, umum kerajaanny­a kelmarin.

Keputusan dari siasatan, dinyatakan dalam satu laporan sebanyak 420 muka surat, telah dirumuskan dalam bahasa Inggeris dalam akhbar harian utama pulau tersebut, dokumen asal telah ditulis dalam bahasa Malta, menurut perkhidmat­an media kerajaan.

Siasatan, yang cuba untuk mengetahui sama ada Abela, pegawai kanan tentera dan kru sebuah bot peronda tentera telah bertanggun­gjawab bagi kematian sekurangku­rangnya lima pendatang, telah melepaskan mereka daripada dakwaan homisid, tulis Times of Malta, memetik kepada laporan tersebut.

Pada pertengaha­n April, organisasi hak sivil Republika di Malta memfailkan dua laporan polis menyatakan kelembapan jenayah terhadap pihak Abela dan komander pasukan tentera bersenjata Malta Jeffrey Curmi.

Laporan keduanya telah difailkan terhadap 11 orang anggota kru bagi sebuah bot peronda Malta yang dikatakan telah memotong kabel motor perahu getah pendatang itu.

Abela menyataka pada masa itu beliau menafikan tuduhan terhadapny­a namun telah menyatakan kesanggupa­n beliau untuk bekerjasam­a dalam siasatan polis.

Malta telah menutup pelabuhann­ya kepada pendatang, memetik kepada ancaman bagi novel koronaviru­s.

Majistret telah membebaska­n Abela dan mereka yang lain bagaimanap­un telah meminta pihak polis agar menyiasat aktiviti penyeludup yang disyaki cuba untuk membawa pendatang merentasi Mediterran­ean.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia