Utusan Borneo (Sarawak)

Korban COVID-19 di Brazil cecah 28,834

-

BRASILIA: Brazil kelmarin mencapai 28,834 kematian akibat COVID-19, menurut pihak berkuasa, mengatasi Perancis yang terjejas teruk sebagai negara dengan angka kematian keempat tertinggi di dunia.

Pusat utama COVID-19 di Amerika Selatan, Brazil turut melihat peningkata­n sebanyak 33,274 kes sepanjang tempoh 24 jam lepas, satu rekod harian baharu, menurut pihak Kementeria­n Kesihatan.

Jumlah itu menjadikan jumlah keseluruha­n kes di Brazil adalah 498,444, kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).

Sao Paulo dan Rio de Janeiro kekal sebagai wilayah paling teruk terjejas di Brazil dalam bentuk jumlah keseluruha­n, sementara kadar perkapita lebih tinggi di wilayah utara dan timur laut miskin di mana fasiliti kesihatan telah mencapai kapasitiny­a.

Kementeria­n Kesihatan di Brazil menyatakan tiada cara untuk meramalkan bila wabak akan memuncak dan para pakar menyatakan jumlah kes akan menjadi 15 kali lebih tinggi berbanding jumlah yang disahkan kerana tiada saringan meluas.

Pandemik merebak di sekitar Brazil di bawah kemelut konfrontas­i, di mana para gabenor dan datuk bandar melaksanak­an langkah sekatan ketika Presiden Jair Bolsonaro yang menyatakan harapannya bagi pemilihan semula dalam ekonomi yang berkembang, telah mengkritik mereka kerana melaksanak­an kuarantin sepenuhnya.

Angka kematian di AS kini berada pada kadar 103,685 orang, manakala United Kingdom pula mencatat sejumlah 38,376 dan Itali dengan 33,340, menurut statistik terkini AFP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia