Utusan Borneo (Sarawak)

AKSEM guna dron pantau sempadan negara

-

PASIR MAS: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) akan menggunaka­n dron dalam penugasan Op Benteng bagi memantau keadaan di sempadan Malaysia-Thailand khususnya pergerakan masuk pendatang tanpa izin ke negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah AKSEM Mohd Redzuan Mohd Zain berkata sebanyak 25 unit dron berteknolo­gi tinggi akan digunakan di empat negeri yang bersempada­n dengan Thailand iaitu Kelantan, Perlis, Kedah dan Perak.

“AKSEM memohon sebanyak 25 unit dron dan dijangka mula beroperasi pada 1 Julai depan. Dua unit dron ditubuhkan di setiap negeri serta ditugaskan di sempadan darat dan maritim negara.

“Ia membantu pihak kami dalam menangani masalah kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pengkalan haram di Rantau Panjang di sini, malam kelmarin.

Mohd Redzuan berkata AKSEM turut memohon 25 unit kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan di sempadan negara kerana bentuk muka bumi yang mencabar dan memerlukan kenderaan lasak bagi membolehka­n mereka beroperasi dengan baik.

“Contohnya dari Kelantan ke Perlis, jaraknya adalah sepanjang 662 kilometer dan terdapat 137 laluan tikus. Sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok pula sepanjang 95 kilometer dan mempunyai paling banyak lorong tikus yang memerlukan pemantauan ketat.

“Bagaimanap­un, sejak Op Benteng diperkenal­kan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an, jumlah pergerakan rentas sempadan secara haram menurun dengan drastik,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata pihaknya akan mengekang cubaan individu untuk memasuki negara ini secara haram terutama selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 ?? — Gambar Bernama ?? INGIN TAHU: Mohd Ridzuan (kanan) mendengar penerangan daripada Rusli (kiri) ketika meninjau pangkalan haram sempadan Malaysia-Thailand Sungai Golok berdekatan pekan Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
— Gambar Bernama INGIN TAHU: Mohd Ridzuan (kanan) mendengar penerangan daripada Rusli (kiri) ketika meninjau pangkalan haram sempadan Malaysia-Thailand Sungai Golok berdekatan pekan Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia