Utusan Borneo (Sarawak)

Penurunan kes kesalahan peniaga perkembang­an positif

KPDNHEP kesan 70 kes sahaja, berbanding lebih 300 kes tahun lepas

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyifatka­n penurunan kes kesalahan peniaga sepanjang pelaksanaa­n Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) tahun ini sebagai perkembang­an positif.

Timbalan Pengarah Penguatkua­sa (Pencegahan) KPDNHEP, Azman Adam berkata pihaknya telah mengesan 70 kes sahaja tahun ini, berbanding mencecah lebih 300 kes sepanjang perlaksana­an SHMMP tahun lepas.

Beliau berkata kesalahan yang dikesan membabitka­n peniaga meletakkan harga tinggi pada barang yang dikawal dan tidak meletakkan tanda harga pada barang.

“Pihak kami melihat perkara ini sebagai satu

perkara yang positif, ia menunjukka­n pematuhan oleh peniaga-peniaga semakin baik dan kesedaran mereka juga bertambah.

“Kementeria­n berharap selepas tamat SHMMP ini peniaga akan terus mengamalka­n etika harga barang dengan baik dan tidak ada yang menaikkan harga selepas tamatnya skim ini,” katanya kepada pemberita selepas lawatan dan pemeriksaa­n SHMMP di Pasar Moden Sri Gombak di sini semalam.

Beliau berkata, antara punca kes berkuranga­n tahun ini adalah kerana harga terhadap barang yang dikawal mengambil kira beberapa faktor, yang membolehka­n peniaga mendapat keuntungan dengan mengikut harga yang ditetapkan.

Katanya, faktor lain ialah peranan aktif pengguna tahun ini kerana pihaknya telah menerima banyak aduan yang membantu tugas penguatkua­saan.

“Semalam (kelmarin) kita ada 20 kes baharu dan kebanyakan kes pelanggara­n hanya melibatkan pasar mini dan pasar raya, ini satu petunjuk yang baik kerana selalunya kesalahan ini dilakukan di pasar basah, tapi tahun ini kita dapati pematuhan di pasar basah semakin baik,” katanya.

Beliau berkata daripada 20 kes itu KPDNHEP telah mengutip kompaun sebanyak RM85,000.

Azman berkata sejak pelaksanaa­n SHMMP, KPDNHEP telah melakukan sebanyak 22,852 pemeriksaa­n di premis-premis perniagaan di seluruh negara dan kelmarin pegawai penguat kuasa telah membuat 2,200 pemeriksaa­n. — Bernama

Kementeria­n berharap selepas tamat SHMMP ini peniaga akan terus mengamalka­n etika harga barang dengan baik dan tidak ada yang menaikkan harga selepas tamatnya skim ini.

Azman Adam

Timbalan Pengarah Penguatkua­sa (Pencegahan) KPDNHEP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia