Utusan Borneo (Sarawak)

Barang berjenama tiruan bernilai RM72,420 dirampas

-

TAMPIN: Sebanyak 420 unit kasut dan pakaian jenama tiruan bernilai RM72,420 dirampas Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan dalam Ops Barang Tiruan di sebuah pusat beli-belah di Seremban, Jumaat lepas.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan Ain Arjuna Aziz Zaman berkata serbuan yang dijalankan kira-kira 4 petang itu melibatkan 11 anggota KPDNHEP negeri serta turut menahan empat individu dipercayai pekerja premis menjual barangan tiruan berkenaan.

“Modus operandi mereka adalah dengan menyewa lot tapak di pusat beli-belah berkenaan dan sewaktu serbuan, empat individu terdiri daripada dua lelaki serta dua perempuan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang berada di lokasi berkenaan diambil keterangan.

“Lokasi itu merupakan lot tapak untuk mereka jual pakaian dan kasut sukan jenama Adidas yang telah mula beroperasi sejak 15 April lepas,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an S. Veerapan.

Mengulas lanjut Ain Arjuna berkata antara barangan tiruan berjenama yang dirampas iaitu kasut jenama Adidas pelbagai warna dan saiz sebanyak 304 unit dan t-shirt jenama

Adidas pelbagai warna sebanyak 116 unit,” katanya.

Tambahnya, barangan yang dijual di premis itu dijual dengan harga yang hampir sama dengan barangan asli.

“Ia dijual pada harga RM80 hingga RM300,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 102(1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

Dalam perkembang­an lain, Veerapan berkata sebanyak 805 pemeriksaa­n SHMMP Hari Raya Puasa telah dijalankan melibatkan daerah Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah.

“Lima aduan diterima antaranya tidak meletak tanda pamer harga, tidak meletak tag warna merah dan merah jambu bagaimanap­un tiada rampasan dan kompaun dikenakan dalam tempoh 20

Mei lepas sehingga semalam,” katanya.

Dalam pada itu, Veerapan berkata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 18 Mac sehingga semalam, pihaknya menerima 389 aduan iaitu berkaitan harga 158 aduan, aduan (SHMMP) Hari Raya Puasa (lima), aduan barang kawalan (19) dan lainlain aduan 207.

“Satu kes dikenal pasti gagal mempamerka­n tanda harga dan kami terus keluarkan saman sebanyak RM1,000. Jadi kami berharap rakyat negeri ini terus bekerjasam­a dan membuat sebarang aduan melalui saluran disediakan supaya kami dapat terus memantau harga barangan dari semasa ke semasa,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia