Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu mabuk cuba langgar polis ditahan

-

GEORGE TOWN: Lelaki warga emas yang memandu dalam keadaan mabuk cuba melanggar anggota polis di sekatan jalan raya dalam kejadian berhampira­n pusat beli-belah Queensbay, Bayan Baru dekat sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata namun anggota polis yang sedang bertugas itu bernasib baik kerana sempat mengelak dalam kejadian pada kira-kira 10.30 malam kelmarin.

“Lelaki berusia 64 tahun itu yang tinggal di Taman

Lip Sin di sini memandu kereta Ford Fiesta dari arah pusat beli-belah Queensbay menghala ke pusat bandar dan dia diarah berhenti pada pemeriksaa­n sekatan jalan raya Ops Mabuk.

“Namun pemandu tersebut terus memandu malah dia cuba melanggar anggota polis … sebaik ditahan warga emas tersebut bertindak agresif selain mengeluark­an kata kesat kepada pihak polis,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata hasil ujian saringan suspek berada di bawah pengaruh alkohol dengan bacaan nafasnya 218 mikrogram (mg)/100 milimeter (ml) dan had dibenarkan adalah 35mg/100ml.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkut­an Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol yang membawa hukuman denda antara RM1,000 hingga RM6,000 dan penjara sehingga 12 bulan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis menjalanka­n tugas yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — Bernama

KUALA LUMPUR: Seramai 979 individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan sepanjang tahun lepas dalam operasi (ops) mabuk di sekitar ibu kota, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Tanpa memperinci­kan maklumat pecahan statistik kes itu, beliau berkata ada antaranya dituduh di mahkamah dan ada sehingga kini masih dalam siasatan.

“Kebiasaann­ya trend pemandu mabuk di ibu negara berlaku selepas tengah malam,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan Ops Mabuk oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Kuala Lumpur di sini, awal pagi semalam.

Menurut Mazlan, dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, seramai 455 orang ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sementara itu, mengenai operasi yang bermula pada jam 11 malam sehingga 1 pagi itu, Mazlan berkata lapan individu termasuk dua bukan warganegar­a ditahan di tiga lokasi iaitu di Solaris, Jalan Raja Chulan dan Jalan Klang Lama, di sini kerana berada di bawah pengaruh alkohol.

“Saya ingin menasihatk­an orang ramai agar mematuhi undang-undang dan berharap operasi dijalankan ini dapat mengurangk­an jumlah mereka yang membawa kenderaan di bawah pengaruh alkohol bagi mengelakka­n kejadian yang tidak diingini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PANTAU: Mazlan berbual bersama ACP Zulkefly (kiri) ketika hadir pada Op Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik di Jalan Raja Laut berhadapan Sekolah Kebangsaan Batu di ibu negara kelmarin.
— Gambar Bernama PANTAU: Mazlan berbual bersama ACP Zulkefly (kiri) ketika hadir pada Op Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik di Jalan Raja Laut berhadapan Sekolah Kebangsaan Batu di ibu negara kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? DITAHAN: Superinten­dan A Anbalagan (tengah) bersama pegawainya menahan seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun kerana memandu dalam keadaan mabuk dan nyaris melanggar anggota polis yang sedang membuat sekatan jalan raya berdekatan pusat beli-belah Queensbay, George Town semalam.
— Gambar Bernama DITAHAN: Superinten­dan A Anbalagan (tengah) bersama pegawainya menahan seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun kerana memandu dalam keadaan mabuk dan nyaris melanggar anggota polis yang sedang membuat sekatan jalan raya berdekatan pusat beli-belah Queensbay, George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia