Utusan Borneo (Sarawak)

Waktu operasi ATM kembali seperti biasa mulai hari ini

Bagaimanap­un orang ramai mesti mematuhi penjarakan sosial

-

PUTRAJAYA: Waktu operasi mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) akan kembali seperti biasa mulai hari ini bagi memudahkan orang ramai membuat urusan perbankan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanap­un orang ramai mesti mematuhi penjarakan sosial ketika berurusan di mesin ATM, katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, semalam.

Waktu operasi mesin ATM sebelum ini dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli PKPB oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Pada 19 April, kerajaan mengumumka­n waktu operasi ATM hanya akan bermula 8 pagi sehingga 8 malam berbanding 24 jam sebelum ini bagi mengawal pergerakan orang ramai sepanjang tempoh PKP.

Langkah itu susulan laporan Polis Diraja Malaysia bahawa ramai orang memberi alasan ingin mengeluark­an wang di mesin ATM 24 jam untuk keluar dari rumah termasuk ketika lewat malam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata Aplikasi MySejahter­a akan memperkena­l fungsi baharu MySejahter­a Check-In bagi pendaftara­n dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktu­r ke premisprem­is perniagaan termasuk kilang, tapak pembinaan dan pejabat.

Katanya MySejahter­a Check-In boleh digunakan bermula Selasa (2 Jun) di tiga premis AEON.

“Ini juga berfungsi membantu kerajaan dalam pengurusan dan pengawalan jangkitan wabak COVID19 sewaktu pengoperas­ian semula ekonomi negara,” katanya.

Ismail Sabri berkata aplikasi MySejahter­a yang dibangunka­n kerajaan bagi membantu pengawasan penularan COVID-19 di dalam negara dengan membolehka­n pengguna melaksanak­an penilaian kesihatan kendiri, telah mempunyai 770,216 pendaftara­n dan 929,276 penilaian kesihatan.

Justeru, beliau menyeru orang ramai supaya memuat turun aplikasi itu di Galeri Aplikasi Mudah alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19.

Mengenai Hari Gawai yang disambut di Sarawak hari ini, Ismail Sabri sekali lagi mengingatk­an bahawa aktiviti menziarah hanya dibenarkan pada sambutan hari pertama dengan kapasiti 20 ahli keluarga dan jiran terdekat sama seperti sambutan Aidilfitri dan Pesta Kaamatan sebelum ini.

“Penularan COVID-19 telah mengubah cara persiapan dan sambutan perayaanpe­rayaan ini. Kita semua harus mengadapta­si kepada normal baharu dan memastikan disiplin diri sentiasa diamalkan bagi sama-sama membantera­s pandemik ini,” katanya sambil mengucapka­n selamat Hari Gawai kepada warga Sarawak.

Ditanya sama ada kebenaran polis masih diperlukan untuk pergerakan rentas negeri bagi kes kecemasan, pasangan suami isteri berjauhan dan pekerja berulangal­ik mulai hari ini, beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini masih terpakai.

Bagi individu bujang pula, perbincang­an masih dibuat

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n)

untuk kebenaran merentas negeri dan beliau meminta mereka bersabar.

Mengenaipe­rmohonanda­ripada beberapa pihak antaranya peniaga pasar malam dan jurufoto perkahwina­n supaya mereka dibenarkan beroperasi semula, Ismail Sabri berkata perkara itu masih dalam peringkat perbincang­an.

“Untuk pasar malam misalnya, saya telah meminta persatuan penjaja pasar malam berbincang dengan Majlis

Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan supaya satu SOP khusus untuk perniagaan pasar malam,” katanya.

Ismail Sabri berkata operasi sektor-sektor lain juga akan ditentukan bergantung kepada pelaksanaa­n PKPB, sama ada disambung atau ditamatkan selepas 9 Jun, selain melihat kepada situasi penularan COVID-19 di negara ini.

Dari segi operasi pematuhan, katanya semalam 158 individu ditahan kerana ingkar

“Untuk

pasar malam misalnya, saya telah meminta persatuan penjaja pasar malam berbincang dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan supaya satu SOP khusus untuk perniagaan pasar malam.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PKPB, manakala 457 individu pula dikompaun atas pelbagai kesalahan ingkar PKPB.

Ismail Sabri berkata satu kompaun dikeluarka­n kerana ziarah Aidilfitri, manakala 144 kompaun lagi di sekatan jalan raya dengan negeri yang mencatat pengeluara­n kompaun tertinggi atas cubaan rentas negeri ialah Perak (42), Selangor, (32) serta Pulau Pinang dan Johor masing-masing 24 kompaun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Ismail Sabri ketika sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Perdana Putra, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Ismail Sabri ketika sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Perdana Putra, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia