Utusan Borneo (Sarawak)

Rondaan berkala, pantau tanah runtuh Bukit Antarabang­sa: Bomba

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor akan membuat rondaan berkala bagi memantau pergerakan tanah di kawasan tanah runtuh di perumahan Jalan Kelab Ukay 4, Bukit Antarabang­sa, di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pemantauan itu dilaksanak­an sebagai langkah berwaspada berdepan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Kami akan begegas ke kawasan itu jika hujan lebat turun melebihi setengah jam. Rondaan lain juga akan diadakan di kawasankaw­asan cerun serta berisiko dilanda banjir kilat,” katanya kepada Bernama semalam.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja pemasangan besi penahan tanah masih dijalankan di belakang kawasan perumahan itu, pagi semalam.

Beberapa penduduk yang rumah mereka terjejas turut kelihatan berada di kawasan itu bagi memindah serta mengambil barangan milik mereka untuk dibawa ke tempat lebih selamat.

Bernama difahamkan kesemua penduduk terjejas menginap sementara di Hotel De Palma, Ampang di sini, sebelum mereka memilih tempat tinggal untuk tempoh enam bulan sama ada di apartmen atau sebagainya.

Kira-kira 40 penghuni rumah teres dua tingkat di kawasan itu diarah mengosongk­an kediaman masing-masing susulan berlaku tanah runtuh awal pagi kelmarin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINDAKAN SEGERA: Kerja-kerja penyelengg­araan dilakukan susulan kejadian tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabang­sa, Kuala Lumpur awal pagi kelmarin.
— Gambar Bernama TINDAKAN SEGERA: Kerja-kerja penyelengg­araan dilakukan susulan kejadian tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabang­sa, Kuala Lumpur awal pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia