Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah air di Kedah antara keutamaan kerajaan PN

-

ALOR SETAR: Usaha menyelesai­kan masalah bekalan air di Kedah menjadi antara keutamaan kerajaan di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan kesejahter­aan dan kebajikan rakyat sentiasa terjamin dalam mendapatka­n kemudahan itu.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata untuk itu Kerajaan Persekutua­n dengan kerjasama baik Kerajaan Negeri akan menaik taraf infrastruk­tur air sedia ada di Langkawi yang kini berhadapan gangguan bekalan air apabila saluran paip dari tanah besar ke pulau itu bocor sepanjang tiga kilometer.

Beliau berkata peruntukan RM600 juta disediakan untuk membaik pulih paip berkenaan selain kerja membesarka­n takungan air di pulau tersebut yang projek itu dijangka bermula pada suku pertama tahun hadapan.

“Dengan kerjasama baik daripada Kerajaan Negeri, mengikut apa kita rancangkan ini, (dalam tempoh) sehingga 2040 nanti, Langkawi tidak akan ada masalah air,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat berkaitan pembekalan air dan alam sekitar negeri ini di Wisma Darul Aman di sini semalam.

Turut serta Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. Ia sempena lawatan kerja sehari Tuan Ibrahim ke negeri ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata kerjasama baik sedia ada antara Kerajaan Persekutua­n dengan Kerajaan Negeri akan dipertingk­atkan lagi terutamany­a dalam hal berkaitan penstruktu­ran semula industri perkhidmat­an bekalan air dan pembanguna­n infrastruk­tur air baharu serta penguranga­n air tidak berhasil.

“Usaha menaik taraf infrastruk­tur air sedia ada serta kesiapsiag­aan menghadapi musim kering dan jerebu juga dibincangk­an bersama dalam pertemuan hari ini (semalam),” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata kerja menaik taraf empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Bukit Selambau, Sungai Limau, Jenun Baru dan Lubuk Buntar Lama di Kedah yang telah pun diberikan tender dijangka siap sepenuhnya pada 2022.

“Namun, LRA Bukit Selambau mungkin akan siap lebih awal sebab kerjakerja menaik taraf loji rawatan air ini telah pun bermula awal, manakala satu lagi (kerja naik taraf) LRA Pelubang masih belum diberikan tender,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAKYAT DIUTAMAKAN: Tuan Ibrahim pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan pembekalan air dan alam di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama RAKYAT DIUTAMAKAN: Tuan Ibrahim pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan pembekalan air dan alam di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia