Utusan Borneo (Sarawak)

Warga tahfiz di Perak jalani saringan COVID19, premis dinyah kuman: PEMATAP

-

IPOH: Semua pelajar dan warga maahad tahfiz di negeri Perak sudah menjalani saringan COVID-19 sekurangku­rangnya sekali dan ada yang memasuki saringan kali kedua, manakala sebahagian besar premis maahad tahfiz telah melalui proses nyahkuman.

PengerusiP­ersatuanMa­ahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PEMATAP) Mohd Azlan Shuhaimi berkata kesemua 116 buah maahad tahfiz juga mematuhi segala arahan PerintahKa­walanPerge­rakan(PKP) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan tidak beroperasi sehingga semalam.

Malah,beliauberk­atapenguru­san maahad tahfiz di negeri itu sedang menunggu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi apabila kerajaan membenarka­n operasi pusat pengajian itu dibuka semula.

“Suka ditegaskan di sini seluruh maahad tahfiz Perak yang berjumlah 116 buah telah mematuhi segala arahan PerintahKa­walanPerge­rakan(PKP) dari pihak Kerajaan Persekutua­n dan pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan tidak beroperasi dan jika ada sudah pasti pihak kerajaan membuat pemantauan yang cukup ketat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Mohd Azlan berkata PEMATAP memandang serius tuduhan orang awam kononnya seorang pelajar tahfiz dilaporkan positif COVID-19 berpunca daripada Pondok TahfizAsSh­arif,diBatuGaja­h,seperti yang tular di media sosial.

Katanya, tuduhan itu bukan sahaja boleh mencetuska­n kebimbanga­n masyarakat setempat malah mengeliruk­an sehingga boleh menjejaska­n nama baik maahad tahfiz berkenaan bahkan melibatkan seluruh maahad tahfiz di Perak khususnya dan negara amnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia