Utusan Borneo (Sarawak)

Musim Ligue 1 ditamatkan terlalu awal ketika didesak kerajaan, kata Kanner

-

PARIS, Perancis: Liga bola sepak di Perancis ditamatkan terlalu awal ketika didesak oleh kerajaan, menurut dakwaan bekas menteri sukan Perancis pada Sabtu.

Dua liga teratas bola sepak lelaki dan juga wanita, ditamatkan lebih awal, sama seperti liga ragbi selepas Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe berkata sukan di Perancis tidak boleh disambung semula kerana pandemik koronaviru­s (COVID-19).

Patrick Kanner, yang merupakan menteri sukan Perancis dari 2014 hingga 2017, memikirkan liga berasa tertekan ekoran ucapan secara langsung Philippe di televisyen yang mendesak musim ditamatkan dan ia mungkin dapat diteruskan dengan mengikut syarat yang ditetapkan.

“Hanya selepas pengumuman Philippe pada 28 April di Parlimen di mana liga dan persekutua­n bola sepak mengalah,” kata

Kanner ketika memberitah­u radio Perancis, Inter, pada Sabtu.

“Mereka tidak diberikan sebarang pilihan. Saya menegaskan: ada protokol kesihatan disediakan oleh semua organisasi sukan. Mungkin mereka boleh menyambung semula pertanding­an pada bulan Jun.”

Perancis adalah satusatu dari lima liga elit di Eropah yang membatalka­n musimnya.

Pendahulu Ligue 1 Perancis ketika musim dibatalkan, Paris Saint Germain (PSG), diisytihar­kan sebagai juara sementara Toulouse dan Amiens disingkirk­an ke divisyen dua.

Perlawanan bola sepak di Jerman sudah disambung semula dan turut akan menyusuli mereka ialah bola sepak di England, Itali dan Sepanyol pada bulan hadapan – kesemua perlawanan berlangsun­g tanpa penonton.

Liga Perdana Inggeris mendapat kebenaran kerajaan pada Sabtu untuk menyambung semula musim mereka pada 17 Jun.

Kanner kesal di mana peminat bola sepak Perancis kini harus mengalih perhatian kepada bola sepak di negara lain.

“Secara jujurnya, saya lebih suka rakyat kita menonton perlawanan Ligue 1 di televisyen berbanding perlawanan Bundesliga Jerman,” kata Kanner.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia