Utusan Borneo (Sarawak)

Musim F1 akhirnya bermula, Litar Spielberg anjur dua perlumbaan

-

VIENNA, Austria: Musim Formula Satu (F1) 2020 yang diselubung­i pandemik koronaviru­s (COVID-19), akhirnya akan bermula di Grand Prix Austria pada 5 Julai, menurut pengumuman dari kerajaan Austria pada Sabtu.

Litar Spielberg juga diberikan lampu hijau untuk menganjurk­an satu lagi perlumbaan di tempat yang sama pada hujung minggu berikutnya.

“Dua perlumbaan Formula Satu pada 5 dan 12 Julai di Spielberg akan dianjurkan tanpa penonton,” menurut Menteri Kesihatan Austria, Rudolf Anschober.

Beliau berkata dua perlumbaan itu telah diluluskan selepas penganjur F1 “menyampaik­an satu pelan yang lengkap dan profesiona­l” untuk menangani penularan COVID-19.

Musim F1 menjadi kucarkacir dengan pembatalan pembuka tirai tradisi perlumbaan di Grand Prix Australia pada bulan Mac, beberapa jam sebelum sesi latihan bebas bermula.

Melbourne adalah salah satu dari 10 perlumbaan yang sama ada dibatalkan atau ditangguhk­an tetapi pengerusi F1, Chase Carey percaya satu musim di antara 15 hingga 18 perlumbaan masih satu kemungkina­n.

Tetapi harapan litar Silverston­e untuk turut menganjurk­an dua perlumbaan dalam tempoh dua minggu selepas perlumbaan di Austria, masih menjadi tanda-tanya selepas kerajaan Britain menegaskan semua ketibaan dari luar negara perlu menjalani kuarantin selama dua minggu.

Anschober menambah dalam kenyataan pada Sabtu dengan menegaskan musim yang bermula lewat itu akan hanya diteruskan jika semua jaminan kesihatan yang diperkenal­kan oleh F1 telah dilaksanak­an.

“Sebagai tambahan kepada langkah kebersihan ketat, pelan juga melibatkan ujian kerap dan pemeriksaa­n kesihatan untuk pasukan dan semua kakitangan yang lain,” kata beliau.

“Elemen penting ialah penyelaras­an rapat di antara penganjur dan pihak berkuasa kesihatan tempatan dan serantau,” tambah beliau.

Lokasi litar yang terpencil adalah tempat yang strategik untuk menganjurk­an dua perlumbaan F1 pertama musim ini, menurut pengarah urusan F1, Ross Brawn bulan ini.

Dengan lapangan terbang tempatan berdekatan, perlumbaan boleh dianjurkan dalam persekitar­an terasing, satu cara penting menangani pandemik yang telah mengorbank­an kurang dari 700 orang di Austria dan lebih dari 364,000 orang di seluruh dunia.

“Salah satu cabaran logistik ialah memeriksa dan menguji semua orang dan membenarka­n mereka memasuki zon perlumbaan,” jelas Brawn.

“Sebaik sahaja kami melakukann­ya, ia sangat menarik untuk mengekalka­n semua orang di dalam persekitar­an yang kami mahu wujudkan untuk perlumbaan lain.

“Austria sesuai dengan situasi ini. Ia mempunyai lapangan terbang tempatan berhampira­n litar, di mana pasukan boleh menyewa pesawat untuk datang. Ia tidak terlalu hampir dengan kota raya.”

Musim F1 2020 sebenarnya mempunyai satu rekod 22 perlumbaan tetapi sekarang ia dijangka menjadi satu musim paling pendek dalam lebih dari satu dekad.

Carey menggarisk­an pelan utama untuk memulakan musim pada bulan ini, melibatkan perlumbaan tambahan di Eropah sepanjang tempoh tradisi rehat bulan Ogos dalam F1.

“Kami akan menggantik­an perlumbaan di benua Asia dan Amerika pada bulan September, Oktober, November sebelum menamatkan­nya di Teluk – di Bahrain dan Abu Dhabi pada bulan Disember,” kata beliau.

“Kami menjangkak­an bahagian awal kalendar perlumbaan adalah tanpa penonton tetapi berharap akan dapat membenarka­n penonton hadir pada lewat tahun.”

Kemunculan semula sukan F1 dari pandemik COVID19 ini kelihatan mengekori langkah yang dilakukan oleh sukan lain.

Bundesliga Jerman menjadi liga bola sepak utama yang pertama di Eropah untuk disambung semula, dengan La Liga Sepanyol, Serie A Itali dan Liga Perdana Inggeris akan menyusul dalam beberapa minggu akan datang. Ketika tiada tarikan di dalam litar setakat ini, apa yang berlaku di sebalik tabir cukup menarik perhatian apabila Carlos Sainz akan menggantik­an Sebastian Vettel di pasukan Ferrari pada tahun hadapan

Dengan kedudukan kewangan terjejas teruk terutama sekali pasukan kecil dalam F1 sejak beberapa tahun, dan dengan pandemik COVID19 semakin memburukka­n lagi keadaan, beberapa perlumbaan yang sepatutnya dilaksanak­an tahun hadapan telah ditangguhk­an ke tahun 2022.

Had perbelanja­an juga diperkenal­kan lebih cepat dengan had 145 juta dolar dikuatkuas­a pada tahun hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia