Utusan Borneo (Sarawak)

Hockademy tuntut KHM segera lunas hadiah kemenangan

-

KUALA LUMPUR: Pasukan Hockademy menuntut Konfederas­i Hoki Malaysia (KHM) supaya segera melunaskan hadiah wang kemenangan mereka selaku juara Liga Hoki Malaysia (LHM) Wanita 2020 dan tidak memperjudi­kan nasib barisan pemainnya.

Dalam kenyataann­ya hari ini, Hockademy turut menyaranka­n KHM mendahuluk­an wang sendiri sekiranya badan induk hoki negara itu masih belum menerima wang penajaan bagi membayar hadiah kemenangan demi kebajikan pemain mereka yang bekerja keras selama ini.

Tuntutan dan gesaan itu dibuat sebagai merujuk kenyataan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an KHM, Datuk Seri Anil Jeet Singh dalam sebuah akhbar tempatan semalam bertajuk “MHC: Only one team making all the noise”.

“Pihak Hockademy melihat ia sebagai kenyataan tidak bertanggun­gjawab oleh pihak KHM dan secara tidak langsung memberi gambaran bahawa badan induk itu memandang remeh serta tidak mementingk­an kebajikan pemain hoki tempatan yang merupakan nadi kepada sukan hoki negara.

“Kenyataan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an KHM itu jelas memberi mesej bahawa KHM dengan sengaja boleh melengah-lengahkan pembayaran hadiah wang kemenangan LHM 2020 tanpa alasan kukuh apabila mengambil pendekatan untuk menganggap setiap pasukan yang terlibat tidak menghirauk­an soal cepat atau lambat pembayaran itu dibuat,” menurut kenyataan itu.

Saingan LHM 2020 tamat pada 22 Feb lepas dan pasukan Hockademy wanita dijangka menerima wang hadiah kemenangan berjumlah RM65,000 selepas turut muncul naib juara Piala Vivian May Soars 2020 dengan hadiah wang kemenangan berjumlah RM15,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia