Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan bola sepak negeri diminta jangan buat SOP sendiri: Ismail Sabri

-

PUTRAJAYA: Semua persatuan bola sepak negeri diminta tidak mengeluark­an prosedur operasi standard (SOP) sendiri bagi mengelakka­n percanggah­an SOP yang akan dikeluarka­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara sedemikian adalah salah daripada segi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit

Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Saya minta persatuanp­ersatuan bola sepak negeri jangan keluarkan kebenaran-kebenaran sendiri sebab setiap keputusan untuk liga bola sepak termasuk latihan dan sebagainya akan ditentukan oleh MKN di peringkat pusat,“katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini semalam.

Baru-baru ini, sebuah portal berita sukan melaporkan

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan memulakan sesi latihan mengikut SOP PKPB bermula 9 Jun.

Difahamkan, seramai 35 hingga 40 pemain dan pegawai dari saingan Liga Super akan menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum skuad ‘Gergasi Merah’ itu kembali ke padang untuk menjalani latihan luar norma kebiasaan selepas berehat hampir tiga bulan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). — Bernama

 ??  ?? ISMAIL SABRI
ISMAIL SABRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia