Utusan Borneo (Sarawak)

Renault merancang untuk terus kekal dalam Formula 1

-

pasukan untuk bersaing secara adil selepas enam tahun berturut-turut dikuasai pasukan Mercedes.

“Peraturan baharu, had dari segi pelaburan, kerana kami tidak mempunyai banyak pelaburan berbanding beberapa pasukan yang mampu berbelanja besar, jadi F1, kami akan terus kekal,” tambah beliau.

Semasa COVID-19, pasukan-pasukan F1 mengguna pakai skim kerajaan Britain untuk mengekalka­n pekerjaan ketika seluruh industri dalam perintah sekatan pergerakan untuk menangani penularan COVID-19.

Ia juga menyaksika­n pemandu bintang Renault, Daniel Ricciardo, mengumumka­n akan menyertai pasukan McLaren pada tahun hadapan dengan Renault masih belum mengumumka­n siapa yang akan menggantik­an tempat Ricciardo, walaupun kepulangan Fernando Alonso menjadi spekulasi.

Esteban Ocon kekal sebagai pemandu Renault sehingga 2021. — AFP

LONDON, England: Pasukan Formula Satu (F1) Williams, menimbangk­an untuk menjual pasukan sebagai sebahagian dari satu strategi baharu, menurut Williams Grand Prix Holdings (WGPH) hujung minggu lepas.

Syarikat itu mengeluark­an keputusan tahunan yang menunjukka­n pendapatan F1 untuk WGPH menurut 95.4 juta pound pada 2019, kurang dari 130.7 juta pound pada tahun sebelumnya.

Kumpulan Williams merekodkan kerugian keseluruha­n 13 juta pound untuk 2019 berbanding keuntungan 12.9 juta pound pada 2018.

Dengan pandemik koronaviru­s (COVID-19) sudah memberi kesan kepada pendapatan mereka tahun ini dan satu pengumuman di mana pasukan sudah menamatkan perjanjian dengan penaja utama, ROKiT, Williams mengesahka­n ia kini menyemak semula satu strategi yang mungkin termasuk penjualan pasukan.

“Lembaga WGPH menyemak pelbagai pilihan strategi yang ada untuk syarikat,” menurut satu kenyataan. “Pilihan yang ada termasuk, tetapi tidak tertakluk, menaikkan modal dalam perniagaan, penguranga­n kepentinga­n minoriti dalam WGPH atau penguranga­n saham majoriti dalam WGPH termasuk satu potensi penjualan keseluruha­n pasukan.

“Ketika tiada keputusan dibuat berhubung keputusan setakat ini, untuk memudah cara perbincang­an dengan pihak berminat, syarikat mengumumka­n permulaan ‘proses penjualan rasmi’”.

Williams sudah melantik penasihat kewangan bersama untuk membantu dengan potensi penjualan tetapi berkata ia hanya di peringkat awal rundingan dengan pihak berminat setakat ini.

“Syarikat belum menerima sebarang pertanyaan ketika ini tentang pengumuman yang telah kami buat dan mengesahka­n ia adalah perbincang­an di peringkat awal dengan sejumlah kecil pihak berhubung potensi pelaburan dalam syarikat,” tambah kenyataan.

“Lembaga WGPH juga mempunyai hak untuk menolak mana-mana tawaran atau membatalka­n manamana rundingan dengan pihak berminat pada bilabila masa.”

Ketua Pegawai Eksekutif Williams, Mike O’Driscoll, menjelaska­n keputusan kewangan lemah pada 2019 adalah kerana prestasi hambar dalam litar sejak beberapa tahun selepas pasukan menamatkan saingan kategori pengeluar di tangga terakhir untuk musim kedua berturut-turut.

Beliau juga mengesahka­n penaja utama, ROKiT, sebuah syarikat telefon pintar dan minuman, akan menamatkan kerjasama mereka walaupun kontrak asal sepatutnya berakhir pada akhir 2023.

Williams adalah antara kuasa dalam F1 pada 1990an, memenangi sembilan dari lima kejuaraan kategori pengeluar pada dekad itu.

Penurunan keputusan yang berlaku pada tahun 2000-an kelihatan berakhir pada 2014 apabila mereka menduduki tempat ketiga kategori pengeluar tetapi sejak itu, prestasi mereka kembali menurun. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia