Utusan Borneo (Sarawak)

PATUHI SOP, PROTOKOL DITETAPKAN KETIKA SAMBUT GAWAI

KM percaya ketua kampung dan tuai rumah akan pastikan SOP, protokol ditetapkan dipatuhi semua orang

-

KUCHING:RakyatSara­wak harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol perayaan yang ditetapkan ketika meraikan sambutan Hari Gawai Dayak ini.

Perkara itu diingatkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang memberitah­u, kerajaan tidaklah mempunyai kemampuan untuk memeriksa setiap rumah dan kampung tetapi beliau percaya ketua kampung dan tuai rumah masing-masing akan sentiasa memastikan SOP dan protokol perayaan yang ditetapkan dipatuhi semua orang.

Malah tegasnya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir pada 9 Jun tidak membenarka­n rakyat mengadakan perayaan Gawai seperti biasa.

“Kita tidak dibenarkan mengadakan rumah terbuka, tidak boleh ‘ngabang’ dan hanya dibenarkan berkumpul antara ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja sebagai kaedah untuk menangani wabak COVID-19.

“Saya amat berterima kasih kepada saudara dan saudari yang faham dan akur kepada arahan kerajaan supaya tidak diadakan rumah terbuka dan tiada perhimpuna­n yang me

Ketua Menteri

lebihi 20 orang.

“Sempena perayaan Gawai Dayak tahun ini, bagi pihak saya sendiri dan keluarga, saya mengucapka­n salam sejahtera dan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua anak Sarawak keturunan Dayak, tidak kira di mana saudara dan saudari berada,” katanya dalam perutusan Hari Gawai Dayak 2020.

Tambahnya, pada musim perayaan seperti Gawai Dayak tiada yang lebih menyeronok­kan daripada berada di sisi keluarga di kampung atau rumah panjang.

Namun jelas Abang Johari, pada tahun ini mungkin ramai yang tidak dapat balik ke tempat asal masing-masing kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarka­n orang awam merentas daerah di

Sarawak.

“Saya percaya tidak kurang juga kaum Dayak yang berada di perantauan untuk mencari nafkah yang halal, khususnya dalam industri minyak dan gas yang juga tidak dapat kembali ke Sarawak.

“Tidak mengapa, yang penting saudara dan saudari dan kita semua selamat daripada COVID-19. Setelah keadaan kembali seperti biasa pada masa depan kita bolehlah raikan Gawai dan bersuka ria seperti pada masa-masa yang lampau,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u bahawa wabak C0VID-19 memberi tamparan yang amat hebat kepada masyarakat dan kerajaan di seluruh dunia.

Katanya, Kerajaan Sarawak amat faham dengan keadaan yang terpaksa dihadapi rakyat dari segi bekalan makanan dan pekerjaan dan berusaha untuk memastikan bekalan makanan sentiasa ada dan mencukupi di seluruh negeri.

“Saya tahu ramai yang bekerja dengan gaji harian yang terpaksa balik ke kampung atau rumah panjang kerana gaji tidak dibayar oleh majikan dalam tempoh PKP dan ada yang mungkin terus hilang pekerjaan.

“Oleh itu, sebanyak RM16.4 juta telah dibelanjak­kan oleh Kerajaan Sarawak untuk menyediaka­n bekalan makanan kepada setengah juta rakyat Sarawak,” jelasnya.

Selain itu, beliau memberitah­u bahawa Kerajaan Sarawak adalah satu-satunya kerajaan negeri yang menyediaka­n bantuan kepada rakyatnya di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) selain daripada bantuan kerajaan persekutua­n.

“Saya amat berharap saudara, saudari, ketua isi rumah, para penjaja dan pemilik industri kecil dan sederhana yang layak sudah menerima atau sudah memohon bantuan yang disediakan kerajaan negeri,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap pelbagai jenis bantuan tunai dan bukan tunai itu sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban rakyat yang telah hilang punca pendapatan selama PKP dan PKPB dilaksanak­an.

Menurutnya, suasana politik yang stabil dan perpaduan dalam kalangan penduduk pelbagai kaum dan agama di negeri ini telah menjadi asas kukuh kepada pentadbira­n yang baik dan tersusun.

Jelas beliau, Sarawak mempunyai rizab kewangan yang agak kukuh dan berada jauh di hadapan jika dibandingk­an dengan negeri-negeri lain.

“Bak kata pepatah Inggeris, ‘we save for the rainy days’ dan dana yang telah disimpan pada dekad-dekad yang lepas dan ditambah pada setiap tahun telah memberi kita sedikit keselesaan pada ketika kita menghadapi kesulitan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Abang Johari meminta rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama mempertaha­nkan semangat perpaduan dan keharmonia­n antara satu sama lain.

Beliau menegaskan, bukan mudah untuk membina perpaduan dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, tetapi apa yang telah dibina selama ini begitu mudah untuk dirobohkan lebih-lebih lagi dengan kehadiran media sosial yang amat mudah dicapai dan amat mudah digunakan untuk menyemai bibit-bibit kebencian antara kaum.

“Diperhatik­an terdapat golongan tertentu kebelakang­an ini yang cenderung menimbulka­n perasaan syak wasangka antara kaum di medan media sosial bagi kepentinga­n politik mereka.

“Saya menyeru supaya kita tidak terjebak dengan aktiviti seperti ini kerana permusuhan antara kaum akan merugikan kita semua dan janganlah menganggap perpaduan antara rakyat kita sebagai sesuatu perkara yang enteng sahaja,” tegasnya.

Kita tidak dibenarkan mengadakan rumah terbuka, tidak boleh ‘ngabang’ dan hanya dibenarkan berkumpul antara ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja sebagai kaedah untuk menangani wabak COVID-19.

 ??  ??
 ??  ?? SELAMAT HARI GAWAI: Abang Johari bersama Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.
SELAMAT HARI GAWAI: Abang Johari bersama Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia