Utusan Borneo (Sarawak)

SPURS TIDAK ADA PILIHAN: KANE

Skuad bimbingan Mourinho harus menang lapan perlawanan Liga Perdana untuk layak ke Liga Juara-Juara

-

LONDON, England: Penyerang antarabang­sa England, Harry Kane, percaya kelabnya, Tottenham Hotspur harus menang lapan dari baki sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris jika mahu melayakkan tempat ke pertanding­an Liga Juara-Juara pada musim hadapan.

Spurs ketika ini kurang tujuh mata dari slot di tangga keempat apabila musim ditangguhk­an kerana pandemik koronaviru­s (COVID-19) pada bulan Mac.

Dan ia difahamkan di mana pemain seperti

Kane, Son Heung-min dan Steven Bergwijn tidak akan dapat beraksi untuk baki musim kerana kecederaan.

Tetapi ketiga-tiga pemain itu, dan juga Moussa Sissoko, dijangka akan kembali cergas menjelang rancangan permulaan semula musim pada 17 Jun, walaupun penyerang muda, Troy Parrott, akan direhatkan selepas menjalani pembedahan apendiks.

Spurs, yang berada di tangga kelapan liga, akan berdepan perlawanan sukar menentang Manchester United, Sheffield United, Arsenal dan Leicester City.

Harapan kelayakan ke Liga Juara-Juara mungkin cerah jika Manchester City gagal dalam rayuan penggantun­gan penyertaan di Eropah.

Tetapi Kane mahu Spurs untuk berusaha dengan

sendiri.

Kami harus menamatkan saingan di empat tangga teratas, tiada keraguan mengenainy­a.

Kapten Harry Spurs Kane

“Kami harus menamatkan saingan di empat tangga teratas, tiada

keraguan mengenainy­a,” kata beliau ketika memberitah­u laman sesawang rasmi kelab.

“Kami mempunyai perlawanan penting menentang Man United pada perlawanan pertama dan secara realistikn­ya, kami harus menang tujuh atau lapan perlawanan untuk layak ke Liga Juara-Juara.

“Ia adalah sasaran kami. Sudah tentu kami mahu menang setiap perlawanan tetapi kami harus memastikan kami menamatkan musim dengan baik jika mahu bermain dalam Liga Juara-Juara pada musim hadapan.”

Kane mengalami kecederaan ketika menentang

Southampto­n pada Tahun Baharu tetapi dengan musim tertangguh, beliau dapat kembali pulih tanpa risau terlepas perlawanan.

“Dari segi kecederaan, ia mena- rik untuk dapat berehat lebih lama,” kata beliau. “Saya belum bermain selama enam bulan, ia sememangny­a satu tempoh yang lama.”

Spurs kurang empat mata di belakang Man United yang berada di tangga kelima liga, yang mungkin sudah memadai untuk layak ke Liga Juara-Juara jika rayuan Man City gagal. Kane sudah menjaringk­an 17 gol dalam semua pertanding­an pada musim ini, termasuk 11 gol dari 20 penampilan dalam liga.

“Saya berasa cergas, sihat,” tambah beliau. “Ia agak menarik dengan beberapa latihan individu di mana saya mampu meningkatk­an tahap kecergasan permainan saya.

“Saya berharap saya akan kembali di tahap terbaik sebelum mengalami kecederaan dan tidak sabar untuk mengharung­i musim yang sibuk tahun hadapan.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia