Utusan Borneo (Sarawak)

SUSPEK CURI PAGAR RUMAH DITANGKAP

-

MIRI: Seorang lelaki ditangkap di Jalan Utama Pujut 9 di sini awal pagi kelmarin selepas disyaki terlibat mencuri pagar besi sebuah rumah di Jalan Pujut 7B di sini.

Ketua Jawatankua­sa Penduduk (JKP) Miri Malateh Mahmud berkata suspek berusia 25 tahun itu berjaya ditangkap anggota rondanya kira-kira jam 5.30 pagi.

“Unit ronda JKP terima maklumat tentang kecurian pagar besi tahan karat berlaku di Pujut 7B di sini, unit ronda segera ke lokasi dan melihat pagar diletak di tepi jalan Pujut 9.

“Semasa berada di kawasan terbabit, seorang lelaki yang ditanya gagal memberi alasan keberadaan­nya di situ,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Malateh berkata, penjaga rumah terbabit dapat mengecam wajah suspek dan suspek ditahan dan kemudianny­a diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? TANGKAP: Suspek (duduk) ditahan selepas dipercayai terlibat mencuri
pagar besi sebuah rumah.
DICURI: Pagar besi yang dilarikan suspek terbabit diletakkan di tepi jalan.
TANGKAP: Suspek (duduk) ditahan selepas dipercayai terlibat mencuri pagar besi sebuah rumah. DICURI: Pagar besi yang dilarikan suspek terbabit diletakkan di tepi jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia