Utusan Borneo (Sarawak)

Mekanik ditahan susulan hantaran provokatif di FB

-

SIBU: Seorang mekanik ditahan susulan hantaran berunsur provokatif di akaun Facebookny­a berserta tiga lagi individu di sini, malam kelmarin.

Terdahulu, mekanik berusia 24 tahun itu dipercayai telah mengalami kecederaan selepas terlibat dalam pergaduhan dengan beberapa lelaki di Jalan Mengeris.

Difahamkan, mekanik itu telah membuat dua kenyataan berunsur provokatif pada jam 7.15 petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Sibu Superinten­den Collin Babat berkata, tindakan mekanik terbabit telah mendorong dua lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n, 34, dan jurujual kereta terpakai, 33, bertindak mencarinya di rumahnya di Jalan Mengeris pada jam 10 malam.

“Mekanik itu telah mengakui kesilapann­ya dan memohon maaf kepada dua lelaki tersebut dan telah memadamkan dua kenyataan itu di dalam akaun Facebookny­a selepas dinasihatk­an oleh rakannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, lima minit kemudian seorang lelaki yang bekerja sebagai juruteknik bersama 20 lelaki muncul di tempat kejadian dan mula menyerang mekanik tersebut.

Menurut Collin, pihak polis yang dimaklumka­n telah bergegas le lokasi kejadian namun pergaduhan telah terlerai.

“Mekanik itu cedera di kepala dan muka kerana dipukul dan pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa menyiarkan kenyataan provokatif dalam akaun Facebookny­a,” katanya.

Katanya lagi, ketiga-tiga suspek mengaku kepada polis bahawa mereka berada di tempat kejadian tetapi tidak terlibat dalam serangan itu.

“Sebuah telefon bimbit milik mekanik itu turut dirampas polis,” ujarnya.

Keempat-empat suspek telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 147/298A/505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Komunikasi dan Akta Multimedia 1998.

Menurut Collin, empat laporan polis telah diterima terhadap mekanik tersebut berhubung kenyataann­ya setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia