Utusan Borneo (Sarawak)

PSB kini mulai membuktika­n bahawa tanggapan pengkritik­nya adalah salah

-

MIRI: Parti Bersatu Sarawak (PSB) kini mulai membuktika­n kepada pengkritik­nya bahawa tanggapan mereka terhadap parti itu sebelum ini adalah salah.

Pengerusi PSB Cawangan Pujut Bruce Chai berkata parti itu kini membuktika­n pengkritik­nya bahawa ia mulai maju ke hadapan dengan pasukan pemimpin dan penyokong berfikiran sama, berpengala­man dan sedar bagaimana merealisas­ikan visi untuk Sarawak lebih baik.

Katanya, walaupun terdapat kecaman daripada pengkritik namun parti itu tetap rendah hati dan menerima pandangan serta kritikan, analisis malah ramalan mereka bagaimana bakal berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Apa yang penting adalah semua pemimpin PSB perlu fokus pada matlamat utama iaitu untuk Sarawak lebih baik dengan idea-idea baharu daripada pemimpin baharu menjadikan kami bertambah kuat dan tidak lemah.

“Kami memerlukan sekumpulan pemimpin dan seperti dikatakan presiden, Dato Sri Wong Soon Koh mengenai pemimpin berfikiran sama di bawah satu payung politik dan begitulah PSB bergerak maju,” katanya, salah seorang anggota terbabit dalam penubuhan parti itu.

Bruce berkata demikian mengulas laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT) memetik penganalis­is politik menyatakan bahawa PSB tidak dapat menandingi

GPS pada PRN akan datang walaupun penyertaan bekas pemimpin PKR Sarawak Baru Bian serta bekas penyokong PKR.

Laporan itu memetik Profesor Jayum Jawan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai berkata, PSB terdiri penolakan politik dan individu meninggalk­an parti asalnya dan hanya mahu mengekalka­n relevansi mereka.

PSB merupakan sebuah parti bebas tempatan, sementara GPS adalah gabungan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang membentuk kerajaan negeri.

Dua hari sebelum sambutan Hari Gawai, Baru mengumumka­n bergabung dengan PSB bersama ADUN Batu Lintang See Chee How dan beberapa anggota PKR dengan alasan mereka mahu berkongsi aspirasi PSB untuk ‘Sarawak Baru’.

Seorang lagi penganalis­is, Profesor Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya menyamakan parti itu sebagai tempat perlindung­an sementara ‘pelarian politik’ sebelum PRN dan Pilihan Raya Umum akan datang.

Tetapi beliau mengakui ramai pemimpin berpengala­man termasuk Baru dan See dengan sumber kewangan kuat dapat bertanding dengan PRS, PDP dan SUPP daripada GPS tetapi tidak PBB pada PRN akan datang.

Awang Azman memberitah­u perikatan tersebut masih ‘rapuh’ dan anggota boleh melompat untuk bergabung dengan parti lain pada bilabila masa sekiranya terdapat perselisih­an antara mereka atau untuk kepentinga­n politik peribadi.

Bruce mengulas bahawa hanya masa akan menentukan bagaimana PSB tampil memberikan cabaran pada PRN akan datang.

“Kami telah membuktika­n penganalis­is dan pengkritik salah dan mengharung­i senario politik berbeza di Malaysia dengan kami masih di sini,” katanya.

Parti itu dijenamaka­n semula sebagai PSB pada 2019 dan kini mempunyai dua Ahli Parlimen dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sarawak.

Mengenai dakwaan PSB sebuah parti ‘rapuh’, Bruce berkata mana-mana gabungan atau parti politik boleh rapuh tetapi semua berada di bawah satu parti sahaja dan bukan gabungan yang boleh menjadi lebih rapuh.

 ??  ?? BRUCE CHAI
BRUCE CHAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia