Utusan Borneo (Sarawak)

Individu ada permit polis yang lengkap dibenarkan masuk ke Labuan: Farid

-

LABUAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan telah merekodkan sembilan kes merentas negeri dari Sabah dan Semenanjun­g Malaysia ke Wilayah Persekutua­n Labuan melalui jalan laut dan udara sejak larangan rentas negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanak­an.

Ketua Polis Labuan Superinten­dan Muhammad Farid Ahmad berkata, kes itu melibatkan individu yang datang dari tanah besar Sabah dan Semenanjun­g Malaysia yang gagal menunjukka­n permit polis yang lengkap ketika memasuki pulau bebas cukai ini.

“Polis telah mengesan sembilan kes rentas negeri sepanjang pelaksanaa­n PKPB yang menjadi satu kesalahan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1983,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai pegawai dan anggota PDRM dalam

Operasi Bersepadu Pematuhan SOP PKPB yang dijalankan di sekitar pusat bandar baru-baru ini.

Operasi Bersepadu itu yang diterajui oleh Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan melibatkan 80 anggota yang terdiri daripada polis, Penguatkua­sa Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Muhamad Farid yang juga Komander Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Wilayah Persekutua­n Labuan berkata, polis akan sentiasa bekerjasam­a dengan Majlis Keselamata­n Negara dalam memantau aliran keluar dan masuk orang ramai melalui Lapangan Terbang Labuan dan juga Terminal Feri Antarabang­sa Labuan bagi memastikan individu yang mempunyai permit polis yang lengkap sahaja dibenarkan masuk atau keluar dari Labuan.

Menyentuh mengenai operasi bersepadu itu, Muhamad Farid menjelaska­n hasil daripada pemeriksaa­n dan pemantauan mendapati sebilangan pengusaha kedai kopi khususnya penjual minuman keras termasuk pelanggan dikesan telah melanggar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan

Bersyarat (PKPB) seperti tidak melakukan penjarakan sosial serta bersembang di kedai kopi.

“Polis telah mengeluark­an amaran kepada peniaga dan pelanggan untuk dikompaun serta arahan menutup premis perniagaan mereka,” katanya.

Muhamad Farid turut mendedahka­n hasil daripada operasi bersepadu itu juga mendapati beberapa hotel yang diwartakan sebagai hotel kuarantin telah mengesan beberapa individu yang dikuaranti­n (Annex 14) melanggar peraturan seperti keluar dari bilik untuk membeli barangan makanan, merokok di luar kawasan hotel dan membawa rakan dari luar ke dalam bilik untuk bersembang.

Tambahnya, kesemua individu terbabit telah pun diambil keterangan sekiranya mereka didapati melakukan semula kesalahan yang sama tindakan kompaun akan dikenakan.

 ??  ?? FARID
FARID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia