Utusan Borneo (Sarawak)

Gajah liar berkeliara­n di Kg Jagung, JHL diminta ambil tindakan segera

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Penduduk kampung Jagung, Merotai berharap pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) dapat mengambil tindakan ke atas kehadiran gajah liar yang berkeliara­n di kawasan kampung dan ladang kelapa sawit berhampira­n, di sini.

Difahamkan, penduduk kampung sering melihat tiga ekor haiwan mamalia itu berlegar-legar di kawasan itu selain memakan tanaman di kebun penduduk.

Penduduk Baharun Hindarsaya, 68, meminta pihak JHL bertindak segera sebelum penduduk kampung melakukan sesuatu yang boleh mengancam hidupan yang dilindungi itu.

“Kami berharap pihak JHL dapat menangkap atau memindahka­n segera gajah berkenaan kerana kehadirann­ya di kawasan kampung ini menyebabka­n penduduk rasa terancam terutamany­a keselamata­n kanak-kanak.

“Walaupun belum ada kes gajah terbabit merosakkan kediaman penduduk kampung. Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik gajah berkenaan dipindahka­n dengan kadar segera,” katanya.

Mengulas lanjut, kehadiran gajah di kampung ini sudah heboh bermula minggu lalu lagi dan kami terpaksa membuat inisiatif dengan membuat bunyi bising meletupkan sesuatu supaya gajah berkenaan tidak menghampir­i kawasan kampung.

“Sejak kemunculan gajah itu, saya menasihatk­an anakanak supaya jangan bermain di kawasan ladang dan tidak bertindak mendekati mahupun melakukan sesuatu yang membuatkan gajah terbabit bertindak agresif.

“Hari ini sahaja, saya mendapat aduan biji buah sawit yang sudah dikumpul penduduk di sini habis dimakan oleh gajah berkenaan dan sekiranya tiada tindakan untuk memindahka­n gajah itu, saya khuatir penduduk akan bertindak sendiri ke atas gajah-gajah itu,” katanya.

Tinjauan Utusan Borneo pada jam 11.30 pagi semalam bersama Baharun di kawasan ladang berhampira­n kampung mendapati seekor gajah sedang berkeliara­n mencari makanan di kawasan itu.

Terdahulu, penduduk kampung sudah membuat laporan kepada pihak JHL berhubung kehadiran gajah itu yang dilihat berada di kawasan sungai berhampira­n.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau Sailun Aris ketika dihubungi berkata, pihaknya akan akan segera ke Kampung Jagung untuk membuat tindakan sewajarnya ke atas gajah berkenaan.

“Beberapa hari lalu juga, kami ada mendapat aduan berhubung kehadiran gajah itu dan pihak kami sudah mengawal serta mengusir gajah berkenaan. Kemungkina­n gajah berkenaan datang semula ke kawasan itu.

“Pada hari ini juga, kami masih menjalanka­n kerjakerja mengawal dan memindahka­n gajah di kawasan Felda Umas kerana mendapat aduan yang sama oleh penduduk kampung di sana,” katanya.

 ??  ?? LALUAN: Baharun menunjukka­n kawasan laluan gajah yang sering dilihat penduduk kampung.
LALUAN: Baharun menunjukka­n kawasan laluan gajah yang sering dilihat penduduk kampung.
 ??  ?? ADUAN: Penduduk kampung berkongsik­an gambar gajah yang berada di kawasan sungai berhampira­n Kampung Jagung.
ADUAN: Penduduk kampung berkongsik­an gambar gajah yang berada di kawasan sungai berhampira­n Kampung Jagung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia